iklan adsen

Search This Blog

Thursday, March 23, 2017

Cameron highland sesak cuti sekolah dan hujung minggu

Pengalaman pertama pi cameron highland. Mula naik dari simpang pulai pukul 8 pagi sabtu. Cuaca baik. Kami pilih jalan ini kerana kami dari utara dan jalan ini lebih selesa berbanding tapah.

Jalan simpang pulai ke cameron merupakan jalan baru dan lebih lebar serta kurang selekoh berbanding tapah. Sampai di tanah rata dalam pukul 10 pagi. Cuaca tak berapa sejuk tapi terasa kesejukan berbanding perlis.

Bermalam di homestay Aiza di taman sedia, tanah rata. Homestay berdekatan Abang strawberry yang menjual strawberry dan makanan berasas strawberry.

Bermalam di homestay Aiza, kami bawa lauk dan masak nasi di sini. Suhu malam sekitar 15°C.

Malam tu pasar malam di golden hill tempat ini lokasi baru. Ramai orang di pasar malam ini. Perbagai jualan ada sini. Cuma sesak yang tak tahan.

Pagi Ahad kami bertolak  ke mardi dan pukul 12 tengahari baru mula bergerak turun menuju ke teluk batik. Kesesakan mula berlaku ketika itu. Ramai naik ke cameron dari simpang pulai dan tapah. Jem gila, kereta kami terkandas hampir 2 jam.

Punca kesesakan di cameron ialah ramai orang berhenti membeli di tepi jalan. Pergerakan kenderaan macam semut, kalau naik ke cameron waktu cuti minyak kena penuh. Selain itu jalan hanya 2 hala saja pergi balik.

Sempat juga membeli sayuran segar tanah tinggi. 

Pembangunan perniagaan di buat sepanjang jalan. Ruang parking adalah terhad di hadapan kedai.

Tip elak sesak di cameron

1. Jika nak balik atau turun sebelum pukul 10 pagi.

2. Membeli belah luar pekan cameron, sebab di jalan nak turun ke simpang pulai banyak kedai sayur  dan kurang sibuk. 

3. Pukul 12 hingga 3 petang waktu puncak. Ramai pelawat sampai. Keadaan agak sesak. 


Sekian gambaran awal ketika di cameron pada 18 mac 2017 lalu