iklan adsen

Search This Blog

Thursday, August 3, 2017

UTC KANGAR BERHAMPIRAN PASAR BESAR KANGAR

UTC Kangar Perlis, terletak berhampiran pasar besar kangar, jalan kampung bakau, menyediakan perkhidmatan waktu pejabat dan luar waktu pejabat, termasuk hari cuti.

 UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. 

UTC adalah salah satu usaha dan inisiatif daripada Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.

UTC menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor Swasta yang ditempatkan di dalam satu pusat atau bangunan. UTC juga akan berperanan sebagai pusat setempat bagi aktiviti belia, NGO serta komuniti

Antara jabatan yang akan ada di UTC KANGAR ialah :

1) MyEG
2) Jabatan Pendaftaran Negara
3) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD)
4) Jabatan Imigresen Malaysia 
5) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
6) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
7) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
8. Jabatan Kesihatan

Menurut Bernama) -- Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis akan dibuka kepada orang ramai di Kompleks Kparc di Kangar pada tahun 2018, kata anggota Parlimen Kangar Ir Shaharuddin Ismail.

Beliau berkata Kompleks Kparc yang sedang dibina dijangka siap pada akhir 2017 dan dibuka kepada orang ramai pada awal 2018.

"Kompleks ini dipilih kerana kedudukannya di tengah-tengah pusat bandar," katanya.



No comments:

Post a Comment