Dengan kehijauan hutan dan alam semula jadinya, taman seluas 8,611 hektar terletak di kaki Gunung Ledang, Sagil itu, diwartakan sebagai taman negara pada 3 Oktober 2005, sekali gus menyimpan khazanah alam kepada generasi akan datang. Renjer Hidupan Liar Taman Negara Gunung Ledang , Khairul Faizee Mohd Zain berkata, hutan simpan yang menjadi pintu masuk ke puncak gunung itu adalah tempat paling sesuai untuk menganjurkan pelbagai program dengan kemudahan lengkap.
Menurutnya, Perbadanan Taman Negara Johor mengambil langkah berhati-hati dan merancang setiap kegiatan di kawasan itu serta mengambil kira pemuliharaan hutan rimba.
Sumber : HMetro
View Larger Map
No comments:
Post a Comment