iklan adsen

Search This Blog

Thursday, May 16, 2019

SYARAT JPJ CERMIN GELAP KERETA 2019

SYARAT JPJ CERMIN GELAP KERETA 2019, Permilik kereta yang ingin pakai cermin gelap perlu buat permohonan, bagi yang ada rekod jenayah akan di tolak permohonan mereka.

SYARAT JPJ CERMIN GELAP KERETA 2019


Mana-mana individu boleh memohon untuk menggunakan cermin yang lebih gelap (sama ada menerusi penggunaan lapisan filem atau penggunaan kaca yang lebih gelap) yang menjadikan peratusan cahaya tampak adalah kurang berbanding peraturan (atau lebih gelap) atas sebab-sebab yang khusus seperti faktor keselamatan atau faktor kesihatan.

LIHAT SIDANG MEDIA MENTERI PENGANGKUTAN

Bagi setiap permohonan yang dikemukakan di atas faktor keselamatan, akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak RM50 bagi setiap permohonan. Manakala setiap permohonan yang diluluskan pula akan dikenakan fi sebanyak RM5,000. Setiap kelulusan yang diberikan adalah untuk tempoh selama dua tahun. Individu yang telah diluluskan bagi penggunaan cermin lebih gelap hendaklah memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi yang sama dalam setiap permohonannya.

Peraturan baru ini turut terpakai untuk pemandu perkhidmatan e-hailing seperti Grab / Uber.

Tambahnya lagi, “Dengan pindaan VLT pada cermin tepi kiri dan kanan di bahagian penumpang serta cermin belakang kenderaan, ia akan membolehkan orang ramai untuk menggunakan cermin yang lebih gelap berbanding peraturan semasa. Maka, ketetapan baharu ini tidak akan lagi menimbulkan keperluan kepada majoriti pemilik kenderaan sedia ada untuk menggunakan cermin yang lebih gelap daripada yang telah ditetapkan.”

Dalam masa yang sama, Loke turut menegaskan, penggunaan lapisan filem atau cermin yang lebih gelap di bahagian cermin tepi kiri dan kanan serta cermin hadapan pemandu akan mengganggu keupayaan pemandu untuk melihat dan mengawal kenderaannya dengan selamat serta meningkatkan risiko berlakunya kemalangan terutamanya dalam keadaan waktu kurang cahaya sama ada disebabkan oleh hujan atau pemanduan di waktu malam.



No comments:

Post a Comment