Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam akan beroperasi 24 jam khusus bagi laluan kenderaan berat sahaja manakala laluan awam kekal seperti biasa (pukul 6 pagi sehingga pukul 12 tengah malam),” katanya di sini hari ini.
Kata Zuhair lagi, laluan kenderaan berat tersebut melibatkan masing-masing dua lorong masuk dan lorong keluar.
“Pemeriksaan ketat akan terus dilakukan dengan memastikan semua kemasukan kenderaan berat mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan termasuk menyediakan dokumen diperlukan,” ujarnya.
Perasmian pembukaan pintu sempadan daripada 18 jam kepada 24 jam itu akan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Dalam pada itu, menurut Zuhair, pemeriksaan keselamatan di ICQS di situ akan dilakukan bersama agensi lain termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).
Tambahnya, ia akan memudahkan syarikat logistik untuk merancang perjalanan keluar masuk ke negara ini terutama pada awal pagi.
Sebelum ini, Mukhriz pada Januari lalu dilaporkan berkata, pembukaan 24 jam pintu sempadan di ICQS Bukit Kayu Hitam mampu merancakkan aktiviti perdagangan serta berupaya menyumbang kepada perkembangan industri logistik di Kedah.
No comments:
Post a Comment