KONGSI TIPS TENTANG KETUHAR ... Ketuhar yang mana sesuai ya?
Masya'allah! Ramai betul yang merasa sangat gembira bila saya berkongsi tips tentang suhu pembakaran kek dan biskut semalam. Terharu saya kerana ramai yang sudi mendoakan kesejahteraan saya juga sebagai tanda penghargaan bila saya berkongsi tips tips ini... Syukur alhamdulillah.
Tujuan saya berkongsi tips semua ini adalah kerana saya benar benar ingin membantu ramai peminat peminat saya dan anak murid saya di fanpage ini. Saya hanya mampu berkongsi tips dan pengalaman saya di fanpage ini tetapi...maaf ya saya tidak dapat memberi resipi resipi kerana saya menghormati hak anak anak murid saya yang telah membayar yuran untuk belajar membuat kueh dan kek di sekolah baking saya, iaitu Siti's Delights Pte Ltd.
Secara jujur, resipi terdapat di mana mana sahaja...yang penting kita harus belajar seni dan selok belok membuat kueh dan juga mendapatkan tips yang penting. Memandangkan ramai peminat saya berada di merata dunia dan tidak mungkin dapat hadir di sekolah saya ini, jadi saya cuba sedaya upaya untuk berkongsi tips dengan mereka sahaja. Saya harap dengan tips tips yang saya beri ini, boleh lah mereka secara tidak langsung dapat "belajar" juga dengan saya kan? Sihat naluri seorang guru sudah tertanam kuat di hati saya ini, makanya, jika anda mendapat hasil yang terbaik sesudah mengikuti tips saya, saya pun tumpang gembira lah! Tetapi maaf ya...saya tidak dapat menjawap setiap soalan yang anda tanya kerana saya teramat sibuk dengan tugas mengajar saya.
OK...ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang ketuhar pula. Jadi di sini saya memberi tips tentang jenis jenis ketuhar yang berbeza. Semoga tips ini akan mendatangkan manfaat pada anda semua.
JENIS – JENIS KETUHAR
Di dalam process membuat kek, pastry dan roti, bukan sahaja kemahiran yang di perlukan untuk memdapatkan hasil yang terbaik tetapi ketuhar juga memainkan peranan yang amat penting.
Ketuhar apa kah yang sesuai untuk di gunakan? Ada kah kita perlu menyediakan berlainan ketuhar untuk berlainan kek, roti dan pastry? Ayoh, mari kita kenali dengan rapat lagi jenis jenis ketuhar yang berbeza.
Ketuhar jenis bina dalam (Built in Oven)
Ketuhar jenis ini memang cukup sesuai untuk kesemua jenis pembakaran. Ianya boleh membakar roti, kek, pastry dan biskut. Bergantung kepada jenama yang anda beli, ada sesetengah ketuhar jenis begini, kepanasan nya tidak begitu rata jika anda membakar 2 atau 2 tingkat (2 tier baking). Jadi kalau anda membakar biskut cara begini, anda harus rajin memusing dan menukarkan loyang kueh anda supaya mendapat kepanasan yang lebih rata (rotate the trays to get even baking results). Tetapi apabila membakar kek, lebih baik jika kita membakar satu tingkat sahaja.
Ketuhar yang ada Kipas (Oven with Fan)
Ketuhar yang mempunyai kipas bina dalam selalunya membakar biskut dan pastry dengan cukup baik kerana kipas itu memutar angin panas dengan rata jika kita membakar dua atau tiga tingkat (2 or 3 tier baking). Tetapi apabila di gunakan untuk membakar kek, kipas ini akan mengeringkan kek sedikit. Jadi jika ada pilihan untuk tidak membuka kaedah kipas nya apabila membuat kek, itu lebih baik. Tetapi jika kita tidak boleh memilih untuk menutupnya adalah lebih baik jika kita kurangkan sedikit masa membakar kek itu. Contohnya, jika kek itu memerlukan masa 45 minit untuk membakarnya di ketuhar biasa, kita kurangkan masanya dalam 5 minit lebih awal jika kita menggunakan ketuhar yang ada kipas ini supaya kek nya tidak kering sangat.
Ketuhar Microwave (Microwave Oven)
Ketuhar jenis ini adalah seperti ketuhar “ 2 dalam satu” iaitu, ianya boleh di gunakan untuk fungsi “microwave” dan juga untuk membakar biskut, brownie atau kek-kek cawan. Ketuhar begini sesuai bagi mereka yang jarang membuat kek yang besar. Jika kita membakar kek yang agak besar, ada kala nya bahagian tengah kek tidak masak dengan betul. Selalunya, kita lebih mengguna fungsi microwave nya sahaja jadi bagi mereka yang suka membakar roti, pastry dan kek-kek perayaan, jenis ketuhar sebegini mungkin kurang sesuai dan kek-kek yang di bakar di microwave oven sebegini selalunya kelihatan agak pucat dan padat (dense).
FUNGSI – FUNGSI DI KETUHAR
Apakah kelainan fungsi fungsi yang terdapat di ketuhar? Adakah ianya boleh di gunakan untuk membakar segala macam kek dan kueh? Mari kita tinjau kegunaan fungsi-fungsi yang berlainan ini.
Kebanyakan ketuhar bina dalam (built in oven) mempunyai fungsi yang agak sama iaitu :
TOP and BOTTOM Heat
Ini cukup sesuai untuk membakar semua jenis kek, biskut pastry dan roti. Jika kita membakar kek yang agak besar sedikit, kita harus meletakan kek itu di rack agak bawah sedikit (lower rack to avoid top part of cake burnt) tetapi jika membakar roti dan pastry, lebih sesuai jika kita meletakannya di rack tengah sahaja.
TOP HEAT Only
Ramai yang keliru apabila melihat fungsi ini. Mereka sangkakan yang Top Heat sesuai untuk membakar kek lapis! Sebenarnya Top Heat ini lebih sesuai di gunakan apabila kita membakar cheesecake. Jika di gunakan untuk membakar kek lapis, nanti kek lapis itu akan menjadi terlalu kering dan adakalanya garing.
BOTTOM HEAT ONLY
Fungsi Bottom Heat ini cukup sesuai jika kita ingin menggaringkan roti yang berinti seperti pizza. Adakalanya, inti pizza itu sudah masak tetapi bahagian bawah rotinya pula masih kurang garing atau lembab. Di sinilah kita menggunakan fungsi “ bottom heat” ini untuk memasakkan roti itu tanpa mengeringkan dan memasakan inti pizza yang di atasnya itu.
GRILL
Inilah fungsi utama apabila kita membakar kek lapis. Dengan menggunakan “grill”, setiap lapisan kek lapis kita pasti menjadi dengan cantik dan tidak menjadi kering. Api grill ini juga cukup sesuai jika kita ingin mengaringkan hanya bahagian atas ayam atau daging (grill effect of chicken or roast lamb/ beef) untuk sekejap sahaja.
STEAM INJECTION
Tidak kesemua ketuhar ada fungsi ini. Fungsi ini cukup sesuai jika kita ingin mambakar sesetengah jenis roti …seperti roti perancis . Ianya akan menggaringkan dan meranggupkan pemukaan roti itu.
kredit CHEF SITI MASTURA
No comments:
Post a Comment