Pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Pembaharuan lesen memandu kompeten boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB)
Syarat- syarat pembaharuan:
- Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaja
- Tidak disenaraihitamkan
Dokumen yang diperlukan:
- MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
- Pengenalan diri asal wakil;
- Lesen memandu asal/salinan;
- Dokumen pengenalan diri wakil yang asal;
- 1 gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
- Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga asing);
- Bayaran RM20.00/tahun bagi kelas B2 B & C (Kelas A/A1 RM2.00). Bayaran RM30.00/tahun bagi kelas D & ke atas. (Warganegara)
- Bayaran RM120.00 untuk semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H, I (Bukan Warganegara)
No comments:
Post a Comment