Pembaharuan lesen memandu vokasionalboleh dilakukan di JPJ Negeri/ Cawangan, UTC dan Kaunter 1JPJ.
Syarat- syarat pembaharuan:
- Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1 tahun sahaja;
- Tidak disenaraihitamkan;
- Mengemukakan laporan perubatan dan tempoh sah laku laporan perubatan (Borang JPJ L8) tidak melebihi satu (1) tahun;
- Lesen Memandu kompeten (CDL) mesti berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.
Dokumen yang diperlukan:
- MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
- Pengenalan diri asal wakil;
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal atau salinan;
- Pengesahan kesihatan Pegawai Perubatan(Borang JPJL8);
- 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
- Bayaran RM20.00/tahun;
- Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga Singapura);
INFO: Mulai 16 Julai 2013, bagi permohonan PDL dan CDL di pejabat JPJ, pemohon diberi pilihan sama ada membawa gambar warna sendiri (ukuran 25mm x 32mm) berlatar putih, mengambil gambar di kaunter atau menggunakan gambar daripada MyKad.
INFO: Berdasarkan seksyen 29, Akta Pengangkutan Jalan Malaysia (APJ) 1987, lesen memandu yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan adalah terbatal secara automatik seperti berikut:
- Lesen Memandu Percubaan (PDL) tamat tempoh melebihi 1 tahun.
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) tamat tempoh melebihi 3 tahun.
- Lesen Vokasional tamat tempoh melebihi 3 tahun.
No comments:
Post a Comment