iklan adsen

Search This Blog

Monday, August 20, 2012

Lokasi keretapi terbalik kg sungai Yu

Kira-kira 1,000 penumpang yang dalam perjalanan pulang menyambut Aidilfitri menaiki Ekspres Wau dari Kuala Lumpur ke Tumpat, menempuh detik cemas apabila dua daripada 14 koc terbalik di Kampung Sungai Yu, dekat Kuala Lipis, awal pagi 20 ogos 12.

Lokasi


View Larger Map

Tuesday, August 14, 2012

Tangkap Buaya Sungai Telaga Air Kuching

Usaha menangkap buaya sepanjang 4.8m diteruskan di Sungai Telaga Air berhampiran sungai sibu, kuching serawak. anak buaya sudah dapat ditangkap, namun ibu masih terlepas. Orang ramai harus hati hati jika berada di sungai telaga air.

Mohd. Saiful Sulaihi, 35, berkata, dia bersama rakannya kini merancang untuk memburu buaya yang dipercayai ibu kepada reptilia yang ditangkap malam kelmarin meskipun terpaksa mempertaruhkan nyawa bagi memastikan keselamatan anak-anaknya terjamin.

Sumber Kosmo


View Larger Map

Asal dan siapa Geng Man Toaliap

Asal dan siapa Geng Man Toaliap, mereka adalah geng pecah rumah yang berasal dari Junjong Kulim Kedah. Berumur antara 17 hingga 20 tahun. Geng ini dapat ditangkap oleh polis baru baru ini. Jadi berhati hati dengan remaja yang mencurigakan.

Menurut polis Kulim, Kesemua mereka yang ditahan berusia 17 hingga 20 tahun dan berasal sekitar Mukim Junjong. Gelaran Man Toaliap adalah sempena nama ketua kumpulan itu yang turut ditangkap,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, seorang daripada wanita yang ditahan itu adalah isteri kepada ketua kumpulan dan seorang lagi wanita membantu isteri ketua kumpulan itu untuk menggadaikan barangan kemas yang dicuri.
Polis masih mencari dua lagi anggota kumpulan tersebut iaitu Mohd. Hafizal Othman, 19, berasal dari Kampung Air Puteh, Junjong dan Mohd. Arasdi Khalid, 16, berasal dari Kampung Padang Janggus, Junjong, untuk membantu siasatan kes tersebut


View Larger Map

Thursday, August 9, 2012

Lokasi Paling Tenang Untuk Jiwa

Lokasi Paling Tenang Untuk Jiwa yang sibuk dengan kerja dan masalah harian. Alam ciptaan Allah memang ada hikmahnya, setiap penjuru bumi ada lokasi yang memberi ketenangan jiwa apabila berada di sana. Di Malaysia antara lokasi yang menyenangkan ialah Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang Tangkak.

Dengan kehijauan hutan dan alam semula jadinya, taman seluas 8,611 hektar terletak di kaki Gunung Ledang, Sagil itu, diwartakan sebagai taman negara pada 3 Oktober 2005, sekali gus menyimpan khazanah alam kepada generasi akan datang. Renjer Hidupan Liar Taman Negara Gunung Ledang , Khairul Faizee Mohd Zain berkata, hutan simpan yang menjadi pintu masuk ke puncak gunung itu adalah tempat paling sesuai untuk menganjurkan pelbagai program dengan kemudahan lengkap.

Menurutnya, Perbadanan Taman Negara Johor mengambil langkah berhati-hati dan merancang setiap kegiatan di kawasan itu serta mengambil kira pemuliharaan hutan rimba.

Sumber : HMetro


View Larger Map

Thursday, August 2, 2012

Lokasi Eksekutif TV9 dibunuh

Lokasi Eksekutif TV9 dibunuh. Seorang kakitangan eksekutif pentadbiran TV9 ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Pangsapuri Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, 29 Julai 2012 tarikh berita ini di buat.

Mangsa Syaleza Jaffar, 31, ditemui mati dalam keadaan tubuhnya tergantung pada kipas siling rumah oleh suaminya kira-kira jam 8 malam sebelum suaminya melaporkan kejadian di balai polis berhampiran.


View Larger Map