iklan adsen

Search This Blog

Saturday, March 28, 2020

CARA DAPAT 1GB DATA PERCUMA 1 APRIL PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI

CARA DAPAT 1GB DATA PERCUMA PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI. Dalam hadapi krisis ekonomi akibat wabak covid19 yang melanda negara ini, kerajaan bersetuju memberi percuma data internet sebanyak 1GB sehari, hingga Perintah Kawalan Pergerakan berakhir. 

Syarikat utama yang terlibat ialah Celcom, Digi, Maxis serta U Mobile itu adalah untuk digunakan antara jam 8 pagi hingga jam 6 petang

Panggilan percuma juga diberikan kepada pelanggan untuk menghubungi talian hotline Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini berkata, beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, antaranya internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta, mulai 1 April ini sehingga tempoh pelaksanaan PKP ditamatkan.
Selain itu, tambahan RM400 juta dilaburkan syarikat telekomunikasi sehingga suku kedua tahun ini untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan serta kualiti rangkaian yang mampan.
Untuk dapat data tersebut perlu download app mengikut telco anda beli di hp anda masing2 dan nanti ada arahan seterusnya disitu. Syarikat utama yang terlibat ialah Celcom, Digi, Maxis serta U Mobile itu adalah untuk digunakan antara jam 8 pagi hingga jam 6 petang