iklan adsen

Search This Blog

Tuesday, September 26, 2017

Nak kaya BETUL DULU Mental

Saya tertarik dengan tip menjadi kaya, yang di tulis penulis majalah niaga ini. Sebenarnya, duit yang anda dapat bukanlah kerana anda pergi  kerja, balik kerja, kemudian tunggu sehingga hujun bulan untuk keluarkan gaji.

Untuk jadi kaya, keluar daripada pemikiran untuk mengharapkan wang gaji dan keluar daripada keinginan untuk bekerja dengan orang sampai ke tua.

Untuk jadi kaya bermula dengan cara anda berfikir dan apa yang anda percaya mengenai duit. Lagi salah juga kalau percaya yang  apabila buat bisnes, jual apa-apa terus dapat duit, terus jadi kaya memanglah mengarut.

Kalau percaya yang buka bisnes dan berjaya ini hanyalah untuk orang tertentu yang bernasib baik memanglah kelautlah usahanya, sekali gagal pasti berhenti berusaha.

Sebaliknya, untuk berjaya, kayakan dulu pemikiran anda yang nak jadi kaya, nak berjaya, nak jadi jutawan hatta dermawan sekalipun, jalannya sukar bukan senang.

Peritnya banyak bukan sedikit, kalau pemikiran dan hati tidak kental, sekali tergugat, terduduk terus.

Memang yang berjaya melepasi ni adalah segelintir yang terpilih, terpilih bukan bermakna anda tidak berjaya kerana disisih, tapi bezanya anda dan mereka adalah jalan yang dipilih.

Kalau hendak jadi kaya, kena berani susah dan yang penting buat apa yang kita betul-betul minat, bukan buat secara terpaksa sebab semata nak dapat duit kerana apabila kita buat apa yang kita suka, kalau tidak menjadi pun pasti kita usahakan lagi sebab kita suka.

Sebab kekayaan sebenar bukan bermula daripada kudrat semata tapi pemikiran anda penentu segalanya.

Ringkasan Tip jadi Kaya:
1. Keluar pemikiran nak makan gaji sampai ke Tua
2.  Untuk jadi kaya bermula dari cara anda berfikir
3. Kayakan cara berfikir dahulu
4. Kena berani susah
5. Buat apa yang kita betul minat, kalau tak berjaya pun kita akan terus buat, kerana kita minat
6. Kaya bukan kerana kudrat tapi kekuatan fikiran

Selebihnya perlu jadi hamba kepada pemberi rezeki, Allah yang memberi rezeki. Jangan jadi hamba yang lupa.

Sumber majalah niaga



Monday, September 25, 2017

Gambar banjir perlis Sep 2017

Gambar banjir di perlis Sep 2017, muharam 1439 H.



Thursday, September 21, 2017

Info banjir perlis sep 2017

Info banjir terkini perlis 21 sep 2017
KANGAR - Sebanyak  empat pusat pemindahan banjir dibuka di Perlis setakat 4 petang ini susulan beberapa kawasan dinaiki air berikutan hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis berkata 17 keluarga membabitkan 43 orang ditempatkan di empat pusat pemindahan itu.

Sumber sinar 21 sep 2017



Monday, September 11, 2017

PERATURAN BAHARU MASUK THAILAND MULAI 1 OKT 2017

Peraturan baharu masuk Thailand mulai 1 Oktober. Syarat syarat baru imigresen Thailand untuk masuk negara itu.
SONGKHLA: Thailand akan melaksanakan peraturan baharu untuk memasuki negara itu di pintu masuk sempadan negara itu dan Malaysia mulai 1 Okt ini, kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Mohd Afandi Abu Bakar.
Beliau mengingatkan rakyat Malaysia yang hendak memasuki Thailand supaya memahami dan mematuhi peraturan baharu itu serta menggunakan dokumen perjalanan yang sah.
Katanya, antara peraturan itu adalah perlu mengisytiharkan kenderaan serta penumpangnya dengan mengisi borang masuk kepada Jabatan Imigresen dan Kastam Thailand.
"Pemandu yang gagal mengisytiharkan kenderaan akan dikenakan denda sehingga empat atau lima kali ganda nilai kenderaan atau kenderaan ditahan dan penjara selama dua tahun," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya telah meminta maklumat lengkap berhubung peraturan baharu itu daripada pihak berkuasa Thailand dan akan dimuat naik dalam laman web Kementerian Luar apabila memperolehinya.
Katanya walaupun ada antara syarat kemasukan tersebut telah lama dipraktikkan tetapi difahamkan perubahan dibuat bagi memudah dan memperkemas daftar masuk rakyat asing ke Thailand oleh pihak berkuasa negara itu.
Mohd Afandi berkata sepanjang tahun ini sehingga Ogos lepas cuma dua kes kenderaan milik rakyat Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Thailand kerana melanggar peraturan masuk.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata kira-kira 250 rakyat Malaysia sedang menjalani hukuman penjara di selatan Thailand membabitkan pelbagai kesalahan.
-kredit
- BERNAMA
via Astro Awani.