iklan adsen

Search This Blog

Showing posts with label APA MENARIK DI PERAK. Show all posts
Showing posts with label APA MENARIK DI PERAK. Show all posts

Saturday, December 26, 2015

TEMPAT MENARIK PERAK PASAR LOKEN IPOH

TEMPAT MENARIK DI PERAK, TEMPAT MENARIK IPOH, APA MENARIK DI PERAK, PASAR KARAT IPOH, LOKASI PASAR LOKEN IPOH, MEMORY LANE IPOH, JALAN HORLEY IPOH,

TEMPAT MENARIK PERAK PASAR LOKEN IPOH. Di buka setiap Ahad. Untuk peminat barang terpakai dan antik, Pasar Lok Kin @ Pasar karat Loken bukanlah satu tarikan yang asing di Ipoh, Perak. lokasi Pasar Karat @ Pasar Loken ini terletak di sepanjang Jalan Horley. Bermakna dalam sejarah Pasar Loken sudah berpindah tempat sebanyak tiga kali. Pasar Loken kini diberi nafas baharu dengan nama Memory Lane

MAP LOKASI PASAR KARAT @ PASAR LOKEN JALAN HORLEY , MEMORY LANE, IPOH

Pasar yang diadakan hanya pada setiap hari Ahad ini adalah tumpuan penduduk Ipoh dan memang dinantikan kehadirannya setiap minggu.

Rata-rata yang datang awal ialah pengumpul barangan terpakai seperti kasut dan jam tangan lama. Mereka ini datang seawal 7 pagi, iaitu sewaktu banyak penjual sedang mengeluarkan barang mereka, untuk memastikan yang barangan terbaik tidak terlepas ke tangan orang lain.

Selain dari barangan tersebut, ada pelbagai barangan lain yang diselerakkan di atas jalanraya — dari kelengkapan rumah dan kereta hinggalah ke aksesori telefon dan ubat kuat.

Jika anda pengumpul setem lama, duit lama, barangan tembaga dan pelbagai barangan “collectibles”, jangan lupa datang ke Lok Kin.

Apa yang dianggap sesetengah orang sebagai pasar karat mungkin syurga beli belah untuk anda.

Tips Pengunjung

Datang seawal 8 pagi kerana tempat letak kereta terhad dan kerap sesak.

TEMPAT MENARIK DI PERAK, TEMPAT MENARIK IPOH, APA MENARIK DI PERAK, PASAR KARAT IPOH, LOKASI PASAR LOKEN IPOH, MEMORY LANE IPOH, JALAN HORLEY IPOH,
SEPANJANG JALAN HORLEY IPOH

TEMPAT MENARIK DI PERAK, TEMPAT MENARIK IPOH, APA MENARIK DI PERAK, PASAR KARAT IPOH, LOKASI PASAR LOKEN IPOH, MEMORY LANE IPOH, JALAN HORLEY IPOH,

APA MENARIK DI PERAK, JALAN HORLEY IPOH, LOKASI PASAR LOKEN IPOH, MEMORY LANE IPOH, PASAR KARAT IPOH, TEMPAT MENARIK DI PERAK, TEMPAT MENARIK IPOH,

TEMPAT MENARIK PERAK KINTA RIVER FRONT IPOH

APA MENARIK DI PERAK, TEMPAT MENARIK DI PERAK, KINTA RIVER FRONT IPOH, TEMPAT MENARIK IPOH,

TEMPAT MENARIK PERAK KINTA RIVER FRONT IPOH. Kinta Riverfront ialah tarikan waktu malam di kawasan bandar Ipoh. Dengan pohon-pohon lampu berwarna warni, kawasan pesisir sungai Kinta bertukar dari sungai lesu menjadi tempat rekreasi warga Ipoh bersama keluarga bersantai dan berbasikal mulai jam 7 malam.

Di kawasan ini terdapat kafe-kafe yang menghidangkan makanan Melayu dan Barat, galeri lukisan dan gerai pelbagai mainan waktu malam untuk kanak-kanak.

Disinari lampu-lampu berkerlipan, aroma makanan yang menyelerakan dan gelak ketawa pengunjung menunggang basikal pada waktu malam, kawasan kecil ini ideal sebagai tempat riadah untuk anda menghirup udara malam bersama keluarga di bandar Ipoh.

LOKASI BERHAMPIRAN HOTEL KINTA RIVER FRONT IPOH

Aktiviti

Berbasikal Waktu Malam
Anda boleh menyewa basikal secara berdua atau bertiga dengan basikal-basikal 2 dan 3 penunggang. Dari kawasan ini, anda boleh berbasikal masuk ke dalam taman Dr. Seenivasagam yang terletak di sebelahnya.

Aktiviti ini sangat popular dan anda kemungkinan besar perlu beratur panjang sebelum dapat menempah basikal-basikal ini pada hujung minggu. Walaupun harga sewaan agak tinggi, ia satu pengalaman yang tidak patut dilepaskan

Menunggang Pelbagai Tunggangan Menarik
Berdekatan kawasan ini juga terdapat gelanggang untuk anda menunggang pelbagai mainan atau tunggangan pelik lain seperti tunggangan kenderaan elektrik dengan satu roda dan lain-lain lagi.

APA MENARIK DI PERAK, TEMPAT MENARIK DI PERAK, KINTA RIVER FRONT IPOH, TEMPAT MENARIK IPOH,

Tips Pengunjung

1. Datang awal kerana tempat letak kereta di sini sukar dicari dan hanya di bahu jalan.

2. Alternatif tempat letak kereta ialah di Taman Dr. Seenivasagam. Masuk ke taman, dan teruskan memandu sehingga hampir pintu keluar taman. Belok kiri apabila anda sudah dapat melihat cahaya lampu dari kawasan rekreasi Kinta Riverfront. Anda boleh meletak kereta di tempat letak kereta taman ini yang luas.

Waktu Operasi

7 malam ke atas

Harga Tiket

Percuma