iklan adsen

Search This Blog

Sunday, January 20, 2019

Amalan doa rezeki tak habis ayat 114 surah Al Maidah

Amalan Petua Rezeki Lebat Tak Habis 7 Keturunan. Sebagai seorang makhluk yang bernyawa, kita hidup memerlukan modal dan wang ringgit ataupun rezeki dari pelbagai sumber yang halal. Rezeki dari Allah pula ada dalam 1001 bentuk yang kita sendiri pun tak tersedar tentang kehadirannya. Udara bersih dapat hirup pun rezeki, diberi kebolehan menulis pun rezeki dari sumber tersebut. Jadi, apa lagi yang dipertikaikan?? Rezeki ada di mana-mana dan datangnya dalam pelbagai bentuk

Ada satu cara lagi untuk mendapatkan rezeki yang halal dan tak putus-putus. Caranya? Amalkan zikir dan doa dari ayat-ayat al Quran. Hayati maknanya. Jadikan al Quran sebagai panduan hidup. Salah satu ayat al Quran yang boleh diamalkan untuk rezeki lebat dan tak habis 7 keturunan adalah ayat 114 dari Surah al Maidah.

Maksud ayat 114 surah al Maidah,

Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata Ya Allah, Tuhan kami, Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu) dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi rezeki.

Petua LEBATKAN REZEKI ini saya kongsikan daripada Mingguan Wanita. Diharap perkongsian ini dapat membantu kita semua berusaha meningkatkan rezeki keluarga dengan amalan doa dan zikir dari ayat al Quran.

Nak rezeki lebat tak habis 7 keturunan, bacalah surah Al Maidah ayat 114. Ayatnya seperti di bawah.
Amalkan mulakan dari , Rabana... hingga habis ayat 114

Setiap hari baca 3 kali.

Insya Allah rezeki yang diperolehi lebih berkat dan sentiasa mengalir masuk. Dengan izin Allah jua

~Semoga bermanfaat~



Saturday, January 19, 2019

Jenis Penindasan terhadap Etnik muslim Uighur oleh China

JENIS JENIS PENINDASAN TERHADAP ETNIK MUSLIM UIGHUR OLEH PEMERINTAH CHINA

Etnik Uighur merupakan etnik berketurunan Turki yang beragama Islam yang tersebar di Asia tengah. Daerah Xinjiang yang mereka duduki sekarang, sebelumnya ia dikenali sebagai ‘Turkistan Timur’, namun setelah ditakluk dan ditukar sepenuhnya nama kepada Wilayah Autonomi Xinjiang pada tahun 1955 oleh Parti Komunis China ketika itu.

Setelah itu, bermulanya beberapa siri penindasan dan kezaliman oleh kerajaan komunis China kepada mereka. Meskipun kekejaman dan kezaliman ini telah berlaku sejak sekian lama, pihak berkuasa dan kerajaan China sedaya upaya menyembunyikan perbuatan ini daripada pengetahuan dunia. Muslim Uighur dilarang untuk melakukan apa sahaja yang diajar dalam Islam bahkan lebih teruk ada yang dipaksa untuk murtad.

Berikut ialah antara penindasan dan kezaliman kerajaan China terhadap muslim Uighur:

1. Kira-kira lebih 1 juta Muslim Uighur telah ditahan di sebuah kem tahanan rahsia atau diberi gelaran 'kem pendidikan semula'. Mereka diajar berkenaan negara China serta didoktrin atau di brainwashed untuk meninggalkan agama Islam, tidak ketinggalan sebilangan kaum wanita mereka ada yang dirogol, diseksa dan dibunuh tanpa sebab. 

2. Mereka turut tidak dibenarkan berpuasa dan menjalankan sebarang aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan. Pada hari Jumaat juga, kaum lelaki dilarang untuk menunaikan solat Jumaat apabila pihak berkuasa mengarahkan agar masjid-masjid di kota itu ditutup.

3. Kerajaan China juga dikatakan telah melancarkan kempen anti produk makanan halal bagi mengurangkan sumber makanan halal di sana.

4. Terdapat juga larangan untuk anak-anak kecil mempelajari Al-Qur'an dan sekiranya ingin membaca Al-Qur'an, perlulah menggunakan Al-Qur'an versi baru yang disediakan oleh pihak berkuasa.

5. Muslim Uighur juga sentiasa dipantau dan dikawal ketat pergerakan mereka oleh pihak berkuasa dengan memasang kamera litar tertutup di sekitar kawasan mereka. Wartawan yang membuat ingin membuat liputan di sana juga perlu melalui prosedur-prosedur yang banyak dan rumit serta tidak boleh sewenang-wenangnya untuk berjumpa dan menemubual penduduk di sana.

Hal-hal di atas membuktikan ketidak adilan dan kekejaman kerajaan mereka terhadap etnik Uighur yang beragama Islam. Dengan itu, kita sebagai umat Islam digalakkan untuk membantu mereka dengan kemampuan yang ada iaitu dengan cakna akan isu ini dan menyedarkan orang ramai agar sama-sama mendoakan saudara-saudara Islam kita di sana. Kezaliman akan berterusan dengan diamnya kita sebagai saudara seakidah mereka.

Untuk Rijal'ul Dakwah.