iklan adsen

Search This Blog

Monday, November 6, 2017

MENARIK DI SIK KEDAH

Tempat menarik di Sik kedah. Salah satunya KEDA RESORT BENDANG MAN. Aktiviti yang sering dijalankan di resort ini adalah kem motivasi, kursus dan mesyuarat/taklimat, memancing, melawat kawasan dusun, jungle traking, perkhemahan dan aktiviti perkelahan.

KEDA RESORT BENDANG MAN dimajukan dan diuruskan oleh Pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Ia terletak di Kg. Bendang Man, Mukim Sik. Keistimewaan resort ini ialah ia terletak di hutan simpanan Rimba Teloi, Daerah Sik yang mengandungi anak Sg. Chepir yang mengalir jernih serta rangkaian jeram dan kawasan dusun buah-buahan seluas 75.8 hektar. Terdapat tanaman campuran durian (40 hektar) dan rambutan (35.8 hektar).

Antara kemudahan yang disediakan untuk keselesaan pengunjung termasuklah chalet, asrama/dormitori, kawasan perkhemahan dan perkelahan, dewan serbaguna, tempat makan, surau, wakaf/pondok rehat dan tempat letak kereta. Aktiviti yang sering dijalankan di resort ini adalah kem motivasi, kursus dan mesyuarat/taklimat, memancing, melawat kawasan dusun, jungle traking, perkhemahan dan aktiviti perkelahan.

UNTUK KE PROJEK BENDANG MAN, SIK

Anda boleh ke sana berkereta dari Alor Star atau Sungai Petani melalui Pekan Jeniang dan Pekan Sik. Kawasan projek terletak 10km dari Pekan Sik bersebelahan jalan utama Sik ke Weng, Baling mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sana.

MUSIM BUAH Jun - Ogos

LAIN-LAIN KEMUDAHAN

Anak sungai Chepir mengalir jernih, Bekalan elektrik dan air makan, Kawalan keselamatan 24 jam, Tandas Awam,Surau, Tapak perkhemahan, Kawasan perkelahan, PAKEJ A (RM15.00 seorang). Melawat Kem Agro Eko pertanian ladang getah Pantai Molek, Sik, Kedah Darul Aman. Aktiviti Memancing, Sukan Air/kayak/perahu layar/berakit/boating, Offroad 4x4, Wall/Rock Climbing, Plot Demo Getah . PAKEJ B (RM10.00 SEORANG) 

Melawat ladang-ladang KEDA (Pusat Semaian Charuk Tualang, Sik, Pokok Herba (misai kucing, nilam, serai wangi dan kopi memprosesan biji kopi)

Untuk makluman lanjut dan tempahan sila hubungi :Pengurus Niagatani, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Peti surat 195, 05720 Alor Star, Kedah Darul Aman, Tel :04-7205300, Fax : 04-7332085 atau  Pengurus, Projek Dusun Buah-Buahan Bendang Man/Keda Resort, Kampung Bendang Man, 08200 Sik,Kedah Darul Aman.Tel : 04-4693771 / Fax : 04-4693701