iklan adsen

Search This Blog

Saturday, February 23, 2019

Zharif Homestay Taman Permai Utama FASA 2, Jalan Gurun JENIANG.

ZHARIF HOMESTAY. Zharif Homestay, HOMESTAY di Taman Permai Utama FASA 2, Jalan Gurun JENIANG.

KEMUDAHAN:
A - 3 bilik 2 bilik air.
B - Lengkap grill pintu dan tingkap.
C- Setiap bilik ada lampu dan kipas.
D- Terletak di jalan Gurun - Jeniang.
F- Lebih kurang 6 KM dari Tol PLUS Gurun.
G - Berdekatan dengan Kilang NAZA, Kilang Modenas dan Kilang Petronas Fertilizer.
H - Dekat dengan Pekan Gurun dan Pekan Guar Chempedak.
I - Dekat dengan Sekolah Kebangsaan Batu 4 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 5.
J - Dekat dengan Gunung Jerai.
K -- Pekan Gurun,ada Jerai plaza, (Mr.Diy,Aneka,Eco).5.5km
L- Dobi layandiri,1km jln utama
M- Tambang Grab dari stesen keretapi Gurun ke Homestay RM8.00 dan Teksi RM15.00

PERALATAN ASAS YANG ADA
1. Dapur masak
2. Gas memasak
3. TV
4. Meja makan dan kerusi
5. Sofa
6. Pinggan
Masuk :
2.00 petang
Keluar :
12.00 Tengahari

gambar

HARGA: RM150.00
Tempahan dan maklumat lanjut boleh klik link wasap di bawah:


Monday, February 18, 2019

Dividen kwsp 2018 diumumkan


SEBERANG JAYA - Pengumuman kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi 2018 disifatkan sebagai di luar jangkaan berikutan keadaan ekonomi global yang lembap masa ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pengumuman itu juga menandakan kedudukan ekonomi negara semakin pulih dan berada pada tahap memberangsangkan.

Menurutnya, banyak pihak termasuk pakar ekonomi meramalkan kadar dividen KWSP bagi tahun lalu tidak akan melebihi lima peratus kerana keadaan ekonomi tidak begitu stabil.

"Kadar KWSP bagi 2018 adalah yang terbaik kerana pada masa keadaan ekonomi global lembap berikutan konflik perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, KWSP mampu memberi dividen sebanyak 6.15 peratus.

"Ramai yang ramal, dividen ini tidak akan lebih daripada lima peratus kerana ekonomi mencabar dan tidak menentu," katanya kepada media sebentar tadi ketika menghadiri Jamuan Sambutan Tahun Baru Cina Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang di sini.

Beliau berkata, perkembangan ini, dirasakan amat baik kerana melebihi jangkaan semua pihak biarpun ada yang menjangka, ia tidak mungkin enam peratus kerana dikatakan susah untuk mencapai angka lima.

"Dengan keadaan ekonomi global yang tidak baik, Malaysia dianggap antara negara yang mempunyai prestasi terbaik.

"Selain Malaysia, Thailand dan Singapura juga turut terkena tempias dengan keadaan ekonomi dunia ini, namun, kita perlu berhati-hati memastikan pembangunan mampan ini dapat diteruskan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: KWSP umum dividen, 5.9 peratus untuk Simpanan Syariah

Semalam, KWSP mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus untuk Simpanan Konvensional 2018, dengan agihan dividen sebanyak RM43.00 bilion; dan 5.90 peratus untuk Simpanan Syariah, dengan agihan dividen RM4.32 bilion.

Jumlah keseluruhan agihan dividen adalah sebanyak RM47.31 bilion, turun 1.70 peratus berbanding pada 2017.

Dalam pada itu, Guan Eng ketika dminta mengulas mengenai kenyataan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengkritik mengenai pengumuman dividen itu, Guan Eng berkata, ia dibuat oleh golongan profesional yang sama ketika di bawah pemerintahan Najib.

"Pengiraan kadar dividen itu dibuat oleh golongan profesional yang mana mereka ini dikekalkan sejak pemerintahan Najib lagi kerana integriti dan kredibiliti mereka.

Sumber bh