iklan adsen

Search This Blog

Friday, June 29, 2018

Catatan Khairudin bin Hassan bersama Sirul dari Kem Villawood Sydney.

Catatan Khairudin bin Hassan bersama Sirul dari Kem Villawood Sydney.

SYUKUR ALHAMDULILLAH SAYA DAPAT BERTEMU SERTA BERBUAL SECARA PANJANG LEBAR DENGAN SIRUL AZHAR UMAR DI KEM TAHANAN VILLAWOOD, SYDNEY!! BELIAU TURUT KIRIMKAN SURAT PERIBADI PADA YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD!!

Setelah beberapa tahun terputus hubungan dengan sirul azhar umar; kini syukur alhamdulillah pada 28 jun 2018 saya telah dapat bertemu semula dengan beliau di villawood detention camp, sydney!!

Perjumpaan di bulan syawal ini amat bermakna dan kami telah berbual panjang lebar secara ikhlas dari hati ke hati selama lebih kurang sejam setengah.

Sirul azhar umar kelihatan sihat serta tenang di kem tahanan villawood yang mana beliau telah ditahan hampir selama 5 tahun sehingga kini.

Insya-Allah, saya amat yakin kebenaran mengenai kes pembunuhan altantuya shaaribu akan menyebelahi pihak yang teraniaya akhirnya!!

Hakikatnya, kebenaran yang hakiki pasti menjelma pada keseluruhan rakyat malaysia mahupun warga luar dalam sedikit masa lagi!! Insya-Allah!!

Dalam pertemuan ini juga; sirul azhar umar telah mengutuskan sepucuk surat kepada yab perdana menteri malaysia yang mana saya sendiri tidak tahu apa isi kandungannya!!

Surat peribadi tersebut telah diletakkan di dalam sampul yang tertutup dan akan saya sampaikan     kepada yab perdana menteri malaysia apabila pulang ke tanahair dalam beberapa hari lagi.

Beliau yang pernah bertugas sebagai     salah seorang anggota pdrm di bawah unit tindakan khas turut menzahirkan perasaan rindu pada ibu, ahli-ahli keluarga serta kampung halaman khususnya di saat kita meraikan bulan syawal yang indah ini.

Dalam pertemuan ini juga, sirul azhar umar telah membayangkan bersedia untuk memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak penguatkuasa undang-undang malaysia kerana yakin secara sepenuhnya terhadap institusi kerajaan Pakatan Harapan yang amat telus serta professional.

Kini, sirul azhar umar kelihatan amat bersemangat dan tidak lagi dibelenggui oleh sebarang perasaan takut kerana beliau amat yakin dengan sistem perundangan baru di malaysia yang diterajui oleh Pakatan Harapan yang mampu membela kalangan yang teraniaya!!

Semoga kebenaran yang hakikat dapat diketengahkan seterusnya juga akan ditegakkan demi kepentingan warga tempatan mahupun keadilan manusia sejagat!!

Kes pembunuhan altantuya shaaribu ini juga harus diselesaikan secara sepenuhnya kerana ianya membabitkan isu pembunuhan kejam sesama manusia!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
28 Jun 2018

Sumber
https://www.facebook.com/379029638934666/posts/984325745071716/



Thursday, June 28, 2018

KES ALTANTUYA, SIRUL UTUS SURAT PADA TUN M

BEKAS anggota Unit Tindakan Khas polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kerana membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, menghantar surat peribadi kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. 

Surat itu dihantar melalui bekas ketua Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan yang melawatnya di Pusat Tahanan Villawood di Sydney, Australia hari ini.

Khairuddin berkata beliau bertemu dengan Sirul selama satu jam setengah di pusat tahanan berkenaan.

“Dalam pertemuan ini juga, Sirul Azhar Umar telah mengutuskan sepucuk surat kepada YAB perdana menteri Malaysia yang mana saya sendiri tidak tahu apa isi kandungannya!” kata Khairuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber malaysiainsight



Tuesday, June 26, 2018

Senarai penuh kabinet 2018 Pakatan Harapan

Senarai penuh kabinet pakatan harapan 2018. Majlis angkat sumpah 2 julai 2018





MENTERI KABINET 2018 SENARAI PENUH

Senarai penuh kabinet pakatan harapan 2018. Majlis angkat sumpah 2 julai 2018



Wednesday, June 13, 2018

KERUSI PH MENINGKAT SELEPAS BN SARAWAK BUBAR

Kerusi PH meningkat selepas BN Serawak Bubar. Kerusi PH menjadi 124 kerusi di Parlimen. BN kehilangan 19 kerusi di Sarawak

Tiada lagi suara Barisan Nasional (BN) bagi mewakili Parlimen (malah di Sidang DUN) mulai hari ini (12 Jun 2018) untuk Sidang Dewan Undangan Negeri dan Sidang Dewan Rakyat akan datang.

Ini adalah berikutan pengumuman keluarnya parti-parti komponen BN daripada perikatan parti politik tersebut.

Keputusan PRU14 yang lepas memperlihatkan 19 Kerusi Parlimen di Sarawak dimenangi oleh BN, 6 kerusi DAP, 4 kerusi PKR dan 2 dimenangi Bebas.

Beberapa hari selepas PRU14, kedua-dua calon Bebas iaitu Larry Sng (Parlimen Julau) dan Jugah Muyang (Parlimen Lubok Antu) telah menyertai PKR, menjadikan statistik kerusi Parlimen semasa di Sarawak ialah 19 kerusi BN, 6 kerusi DAP dan 6 kerusi PKR.

Hari ini (12 Jun), ekoran dari pengumuman Ketua Menteri Sarawak pagi tadi, bermakna kesembilan belas-sembilan belas kerusi BN kini berdiri atas satu gabungan lain daripada BN. Mereka membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS), sebuah blok parti politik tersendiri yang tidak menyertai PH, tetapi sedia memberi kerjasama kepada kerajaan Pusat.

Kedudukan Kerusi Parti Politik bagi Parlimen Sarawak kini ialah 13 PBB, 6 DAP, 6 PKR, 3 PRS, 2 PDP dan 1 SUPP.

---------------------------------------

Berikut pula kedudukan Kerusi Parti Politik bagi Patlimen seluruh Malaysia pula ialah :

• Pakatan Harapan - 124 Kerusi
PKR (50), DAP (42), PPBM (13), Amanah (11), Warisan (8)
• Barisan Nasional - 57 Kerusi
UMNO (54), MIC (2), MCA (1)
• Gabungan Parti Sarawak - 19 Kerusi
PBB (13), PRS (3), PDP (1), SUPP (1)
• PAS - 18 Kerusi
• PBRS - 1 Kerusi
• UPKO - 1 Kerusi
• PBS - 1 Kerusi
• STAR - 1 Kerusi

p/s : Di Sabah juga ada cerita yang memeningkan, semua parti komponen BN Sabah (PBRS, PBS, LDP, UPKO) kini tidak lagi bersama BN, kecuali UMNO sahaja, menjadikan daripada 10 kerusi dimenangi BN di Sabah, kepada 7 kerusi sahaja.



Thursday, June 7, 2018

Kekalkan TEMA Hari Kebangsaan 2018

Sayangi Malaysiaku tema Hari Kebangsaan 2018. Tema hari kemerdekaan Malaysia 2018 SAYANGI MALAYSIAKU.

Pada pandangan saya tema hari kebangsaan 2018 Sayangi Malaysiaku perlu dikekalkan dalam masa 5 tahun. Tujuan utama ialah untuk menyemai, menjiwai, mencintai Malaysia kepada hati rakyat Malaysia.

Jika selalu berubah kesan adalah sementara. Dengan mengekal tema Kerajaan dapat mengurangkan kos pengurusan acara sambutan saban tshun, dan di peringkat negeri juga dapat dikurangkan.

Selamat menyambut hari Kebangsaan 2018
Sayangi Malaysiaku
Merdeka 2019 Merdeka 2020 Merdeka 2021 Merdeka 2022