iklan adsen

Search This Blog

Saturday, April 21, 2018

Kaedah moden tanam harumanis perlis

KAEDAH MODEN TANAM HARUM MANIS DI PERLIS.

Perlis perlu mengalak petani dan usahawan tani menanam mrmpelam harum manis dengan kaedah moden dan sistematik

Kajian oleh unimap amat berguna pada petani perlis.

Bernama melaporkan bahawa  Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk menggalakkan pengusaha tanaman mempelam Harum Manis mengamalkan kaedah penanaman dalam rumah hijau tidak lama lagi.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata kaedah itu terbukti berjaya melalui projek kaji selidik (R&D) yang dilaksanakan UniMAP di Sungai Chuchuh di sini sejak empat tahun lepas.

"Projek percubaan ini yang menggunakan baja organik menghasilkan pendapatan sehingga dua kali ganda berbanding kaedah tanaman terbuka manakala buahnya lebih manis dan berkualiti serta bebas racun serangga.

"Dalam rumah hijau, kita dapat mengawal makhluk perosak, suhu, cuaca danangin. Faktor-faktor ini memberi kesan terhadap produk yang hendak dihasilkan,"kata Kamarudin kepada pemberita selepas melawat projek tersebut, hari ini.

Beliau berkata sebuah rumah hijau seluas setengah ekar cukup untuk ditanamdengan 217 pokok, dan boleh digunakan selama lapan hingga 10 tahun iaitu membabitkan kos RM200,000.--

Pengusaha dijangka mendapat kembali pelaburan mereka pada tahun ketiga atau keempat dengan penggunaan teknik yang betul," kata Kamarudin dan menambah UniMAP bersedia berkongsi pengalaman dengan pengusaha yang berminat.

Menurutnya sebanyak 30 rumah hijau yang dibina di Sungai Chuchuh mula mengeluarkan buah berkualiti premium untuk dieksport ke Korea dan Jepun yangmendapat permintaan tinggi.

"Projek ini adalah transformasi pertanian selaras usaha kerajaan menjadikanMalaysia negara maju dan berpendapatan tinggi"