iklan adsen

Search This Blog

Friday, January 24, 2014

Harga Toyota Altis 2.0G dan 2.0V

Harga Toyota Altis 2.0G dan 2.0V
Harga Toyota Altis 2.0G dan 2.0V. Berapa Harga Toyota baru 2014. Nah Toyota memperkenalkan model altis baru, bagi saya sungguh cantik, cun, sporty dan menarik, berapa harga altis baru ni, Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) baru-baru ini mengumumkan harga bagi model baharu Toyota Corolla Altis yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Model sedan yang hanya terdapat dalam gear automatik itu didatangkan dengan pilihan enjin 2.0 dan 1.8 liter.

Model dengan enjin 2.0 liter melibatkan varian 2.0G dan 2.0V yang masing-masing dijual pada harga atas jalan RM123,000 dan RM136,000 sebuah. Untuk pilihan 1.8E, tag harga dikenakan ialah RM114,000 seunit. Itu harga pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia sahaja.

Kesemua varian itu didatangkan dengan dua unit beg udara sahaja namun individu yang menitikberatkan ciri keselamatan, UMW Toyota ada menawarkan pilihan pakej keselamatan untuk model 2.0V.

Pakej itu merangkumi tujuh unit beg udara dan amaran bunyi tali pinggang keledar untuk pemandu. Tag harga yang perlu dibayar untuk 2.0V dengan pakej keselamatan tambahan ialah RM139,900 sebuah.



No comments:

Post a Comment