iklan adsen

Search This Blog

Tuesday, December 22, 2015

Pengalaman ke Satun Thailand

Kami bertolak dari perlis melalui wang kelian untuk ke wilayah satun thailand. Orang perlis panggil Setoi.

Sempadan malaysia Thai Wang Kelian
Check in imigresen malaysia. Serah dan cop passport. Sampai Imigresen Thailand kami parking kereta. Beli insuran kereta dan isi borang kastam untuk daftar masuk kereta malaysia ke thailand. Di tepi pejabat imigresen thai ada agen yang urus insuran . Beli situ rm37. Siap insuran bawa ke kastam thai untuk cop masuk kereta.

Dalam pada itu penumpang lain boleh cop passport di imigresen thailand. Untuk OKU yang tak boleh turun kereta boleh orang lain tolong cop. Imigresen thai ada yang boleh cakap melayu ada yang tidak. Kami ada orang boleh cakap thai sebab dia asal tammalang.

Penjalanan dalam 35 minit dari wang kelian ke pekan cina satun. Situ nama chan long. Pasar minggu hari ahad ramai orang niaga.  Terus ke pekan satun untuk makan tengahari. Kedai milik orang Islam dan boleh cakap melayu. Makanan sedap

Check in di chalet Subaidee dekat pekan cina. Jalan menuju pak baraa. Pak Baraa kami pergi selepas jamak solat zohor asar. Tak beli apa cuma cari kedai makan yang sedap ja. Jumpa Nova Seafood. Kedai orang islam dan boleh cakap melayu

Makanan sini ala thai. Yang sedap kerabu telur belangkas. Woi sedap. Kami makan 16 orang baru rm220.00. Biasa lah harga tu. Makan hidang. Kami bayar dalam duit thailand. Ketika ini Dis 2015 100 bat = rm12.1. Duit Malaysia dah jatuh. 2 tahun lepas nilai mata wang malaysia dan thai hampir sama.

Esok ke Tanjung pauh Atau Ban Tan yong po



No comments:

Post a Comment