iklan adsen

Search This Blog

Friday, January 1, 2016

Ladang Anggur Lekir Setiawan Boleh Di Lawati

Ladang Anggur yang terletak di batu 6 Lekir Setiawan Perak boleh di lawati. Buah anggur Segar pasti anda teringin. JOM KITA PI Ladang Buah Anggur tempatan yang diusahakan oleh Puan Siti Saloma Saad yang terletak di Setiawan Negeri Perak.

Terdapat 2 ladang (rujuk peta yang dilampirkan) tanah keluasan 1 ekar yang merupakan milik keluarga diusahakan sebagai ladang buah anggur, buah fig dan lain-lain lagi.

selain itu juga Puan Siti Saloma menawarkan perkhidmatan melawat ladang tersebut secara individu atau berkumpulan, beliau juga menjual pelbagai varieti anak pokok buah anggur dengan harga yang berpatutan.

Artikel ladang anggur beliau pernah masuk di halaman surat khabar serta slot video TV Al-Hijrah pernah merakam dokumentari di ladang anggur beliau. Syabas dan tahniah diucapkan

tidak keterlaluan Master Gardener PPj jika mengelar Pn Siti Saloma Saad sebagai Master Gardener dalam bidang buah anggur di Malaysia.

lokasi ladang Anggur

LOT 2658, (Belakang Restoran Nasa)
BT. 6 LEKIR, 32020 SETIAWAN,
PERAK DARUL RIDZUAN.
H/P : 017-5688642

Waktu operasi : Buka setiap hari 9 pagi -12tengahari,
REHAT 12 HINGGA 2 PTG
BUKA PETANG 2 hingga 6 ptg

SEJARAH

Tanggal 4 hb. November 2005 adalah hari bersejarah buat kami dimana 5 benih pokok anggur telah dibeli dari sebuah nurseri di negeri Perlis. Pada mulanya kami hanya menanam anggur di sekeling rumah sahaja, tetapi setelah minat menanam anggur semakin hari semakin mendalam maka kami telah menambah bilangan benih anggur tersebut sehingga mencapai 40 pokok. Setelah kawasan rumah sudah tidak muat lagi untuk ditanam anggur maka kami telah pindahkannya ke sebidang tanah untuk dijadikan kebun anggur.

Kebun anggur kami tersebut terletak di belakang Restoran NASA 3,  batu 6 , Jalan Sitiawan ke Teluk Intan, Sitiawan, Perak Darul Ridzuan. Kebun anggur ini adalah milik keluarga dimana projek kebun anggur ini dimulakan pada bulan November 2006.

Kebun anggur ini berkeluasan 1 ekar dan tanahnya dari jenis tanah liat berpasir. Pada asalnya tapak kebun ini tidak mempunyai saliran air hujan yang baik tetapi setelah diperbaiki tapak boleh digunakan untuk menanam anggur.

Pelbagai jenis Anggur yang ditanam dikebun ini. Ada yang sesuai dengan keadaan tapak tersebut namun ada juga yang tidak sesuai. Tetapi kerana niat ingin belajar maka kami sentiasa meneruskan usaha mempelajarinya dimana tidak henti mencari benih-benih baru sebagai koleksi .

sumber: Saloma Vineyard & Nursery



No comments:

Post a Comment