iklan adsen

Search This Blog

Thursday, September 7, 2017

POPIA MOHAMAD KEGEMARAN SULTAN KEDAH

Tadi tengok TVi, ( khamis 7 Sep 2017) rasa nusantara, chef Sabri promosi makanan kedah, antaranya POPIA BASAH MOHAMAD. Terletak hadapan taman koperasi, jalan Tun Razak Alor Setar Kedah.

Popia basah Mohamad adalah  antara makanan kegemaran Tuanku Sultan Abdul Halim.

Menurut sumber,
Dari segi makanan, Tuanku Abdul Halim menggemari kuih popia dan mi yang juga menu pilihan baginda pada majlis rasmi negeri di Istana Anak Bukit.

Kuih popia kegemaran baginda adalah air tangan keluarga Seeni Mohamad Jamal Mohamad, yang mengusahakan perniagaan Popia Mohamad.

Seeni Mohamad, 45, yang juga generasi ketiga perniagaan itu, berkata beliau sering menerima tempahan daripada pihak Istana Anak Bukit jika berlangsung majlis yang membabitkan keberangkatan Tuanku Abdul Halim.

Resepi popia ini diwarisi daripada datuk, Kadir Myden, katanya yang sudah 20 tahun menjalankan perniagaan kuih popia di Jalan Tun Razak, di sini. -

Kredit : BERNAMA



No comments:

Post a Comment