iklan adsen

Search This Blog

Saturday, January 19, 2019

Jenis Penindasan terhadap Etnik muslim Uighur oleh China

JENIS JENIS PENINDASAN TERHADAP ETNIK MUSLIM UIGHUR OLEH PEMERINTAH CHINA

Etnik Uighur merupakan etnik berketurunan Turki yang beragama Islam yang tersebar di Asia tengah. Daerah Xinjiang yang mereka duduki sekarang, sebelumnya ia dikenali sebagai ‘Turkistan Timur’, namun setelah ditakluk dan ditukar sepenuhnya nama kepada Wilayah Autonomi Xinjiang pada tahun 1955 oleh Parti Komunis China ketika itu.

Setelah itu, bermulanya beberapa siri penindasan dan kezaliman oleh kerajaan komunis China kepada mereka. Meskipun kekejaman dan kezaliman ini telah berlaku sejak sekian lama, pihak berkuasa dan kerajaan China sedaya upaya menyembunyikan perbuatan ini daripada pengetahuan dunia. Muslim Uighur dilarang untuk melakukan apa sahaja yang diajar dalam Islam bahkan lebih teruk ada yang dipaksa untuk murtad.

Berikut ialah antara penindasan dan kezaliman kerajaan China terhadap muslim Uighur:

1. Kira-kira lebih 1 juta Muslim Uighur telah ditahan di sebuah kem tahanan rahsia atau diberi gelaran 'kem pendidikan semula'. Mereka diajar berkenaan negara China serta didoktrin atau di brainwashed untuk meninggalkan agama Islam, tidak ketinggalan sebilangan kaum wanita mereka ada yang dirogol, diseksa dan dibunuh tanpa sebab. 

2. Mereka turut tidak dibenarkan berpuasa dan menjalankan sebarang aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan. Pada hari Jumaat juga, kaum lelaki dilarang untuk menunaikan solat Jumaat apabila pihak berkuasa mengarahkan agar masjid-masjid di kota itu ditutup.

3. Kerajaan China juga dikatakan telah melancarkan kempen anti produk makanan halal bagi mengurangkan sumber makanan halal di sana.

4. Terdapat juga larangan untuk anak-anak kecil mempelajari Al-Qur'an dan sekiranya ingin membaca Al-Qur'an, perlulah menggunakan Al-Qur'an versi baru yang disediakan oleh pihak berkuasa.

5. Muslim Uighur juga sentiasa dipantau dan dikawal ketat pergerakan mereka oleh pihak berkuasa dengan memasang kamera litar tertutup di sekitar kawasan mereka. Wartawan yang membuat ingin membuat liputan di sana juga perlu melalui prosedur-prosedur yang banyak dan rumit serta tidak boleh sewenang-wenangnya untuk berjumpa dan menemubual penduduk di sana.

Hal-hal di atas membuktikan ketidak adilan dan kekejaman kerajaan mereka terhadap etnik Uighur yang beragama Islam. Dengan itu, kita sebagai umat Islam digalakkan untuk membantu mereka dengan kemampuan yang ada iaitu dengan cakna akan isu ini dan menyedarkan orang ramai agar sama-sama mendoakan saudara-saudara Islam kita di sana. Kezaliman akan berterusan dengan diamnya kita sebagai saudara seakidah mereka.

Untuk Rijal'ul Dakwah.



No comments:

Post a Comment