iklan adsen

Search This Blog

Saturday, December 26, 2015

TEMPAT MENARIK PERAK KINTA RIVER FRONT IPOH

APA MENARIK DI PERAK, TEMPAT MENARIK DI PERAK, KINTA RIVER FRONT IPOH, TEMPAT MENARIK IPOH,

TEMPAT MENARIK PERAK KINTA RIVER FRONT IPOH. Kinta Riverfront ialah tarikan waktu malam di kawasan bandar Ipoh. Dengan pohon-pohon lampu berwarna warni, kawasan pesisir sungai Kinta bertukar dari sungai lesu menjadi tempat rekreasi warga Ipoh bersama keluarga bersantai dan berbasikal mulai jam 7 malam.

Di kawasan ini terdapat kafe-kafe yang menghidangkan makanan Melayu dan Barat, galeri lukisan dan gerai pelbagai mainan waktu malam untuk kanak-kanak.

Disinari lampu-lampu berkerlipan, aroma makanan yang menyelerakan dan gelak ketawa pengunjung menunggang basikal pada waktu malam, kawasan kecil ini ideal sebagai tempat riadah untuk anda menghirup udara malam bersama keluarga di bandar Ipoh.

LOKASI BERHAMPIRAN HOTEL KINTA RIVER FRONT IPOH



Aktiviti

Berbasikal Waktu Malam
Anda boleh menyewa basikal secara berdua atau bertiga dengan basikal-basikal 2 dan 3 penunggang. Dari kawasan ini, anda boleh berbasikal masuk ke dalam taman Dr. Seenivasagam yang terletak di sebelahnya.

Aktiviti ini sangat popular dan anda kemungkinan besar perlu beratur panjang sebelum dapat menempah basikal-basikal ini pada hujung minggu. Walaupun harga sewaan agak tinggi, ia satu pengalaman yang tidak patut dilepaskan

Menunggang Pelbagai Tunggangan Menarik
Berdekatan kawasan ini juga terdapat gelanggang untuk anda menunggang pelbagai mainan atau tunggangan pelik lain seperti tunggangan kenderaan elektrik dengan satu roda dan lain-lain lagi.

APA MENARIK DI PERAK, TEMPAT MENARIK DI PERAK, KINTA RIVER FRONT IPOH, TEMPAT MENARIK IPOH,


Tips Pengunjung

1. Datang awal kerana tempat letak kereta di sini sukar dicari dan hanya di bahu jalan.

2. Alternatif tempat letak kereta ialah di Taman Dr. Seenivasagam. Masuk ke taman, dan teruskan memandu sehingga hampir pintu keluar taman. Belok kiri apabila anda sudah dapat melihat cahaya lampu dari kawasan rekreasi Kinta Riverfront. Anda boleh meletak kereta di tempat letak kereta taman ini yang luas.

Waktu Operasi

7 malam ke atas

Harga Tiket

Percuma

No comments:

Post a Comment