iklan adsen

Search This Blog

Showing posts with label asam pedas. Show all posts
Showing posts with label asam pedas. Show all posts

Saturday, December 19, 2015

Asam pedas Melaka Yang Tersedap

Ramai yang sedang Google Asam pedas Melaka yang sedap. Saya dapat info dari kawan di melaka dan feeback rakan facebook mengatakan asam pedas kedai ASAM PEDAS KAK ANI.
Lokasi Kedai Kak Ani Tepi   AMJ Kandang. Jika dari Bandar Melaka atau Semabok menghala ke Muar, ia kat sebelah kiri (betul-betul kat papan tanda tu) berhampiran tempat jual gazebo sebelum lampu isyarat Kandang/ Ayer Molek.
Makan asam pedas asli Melaka, jom datang ke gerai ni. Memang sedap. Ikan baru. Nasi dah habis, kuah dihirup. Harga lak, bayau dengan senyuman sebab murah dan berpatutan.
Bermula dari pagi, ada sarapan hingga ke petang, ada mee kari marbeles. Sapa makan, kata x sedap, maknanya tekak dia tu tekak orang Australia.
Kedai ni baru buka hari ni tapi sebelum ni mereka pengusaha kantin sekolah. Sangat pemurah bila kita order untuk makan ramai tapi harganya tetap terbaik. Yang penting bagi saya, biau mahal sikit asal sedap apatah lagi jika sangat sedap tapi murah.
Saya doakan agar kejayaan Kak Ani ni akan bertambah maju dan kekal dengan prinsipnya 'biau untung sikit tapi berkat'.
"Yang paling penting, orang puashati membayar makanan hasil masakan akak" - kata-kata ini masih segar


Tuesday, December 24, 2013

Resepi asam pedas ikan sembilang bakar

Resepi asam pedas ikan sembilang bakar
RESEPI ASAM PEDAS SEMBILANG BAKAR, resepi menu alam TV ALHIJRAH. Baru sebentar tadi tengok, terus masuk dalam blog ini, macam best je, macam sedap je.
Resepi asam pedas ikan sembilang bakar, menu alam, adam

Bahan – Bahan untuk di lumur pada ikan sembilang,

Bahan untuk blender
-------------------------

  1. -bawang besar
  2. -bawang putih
  3. -serai
  4. -lengkuas
  5. -halia 
  6. -kunyit hidup
  7. -lada hitam
  8. -cili kering
  9. -halba 
  10. -biji sawi
  11. -garam 
  12. -gula
  13. -pes tom yam
  14. -asam jawa 
  15. -daun kesum

SELEPAS BLEND LUMUR PADA IKAN, LETAK DALAM DAUN PISANG DAN BAKAR

Resepi Asam pedas sembilang bakar ..