iklan adsen

Search This Blog

Showing posts with label harga Mercedes Benz S300L. Show all posts
Showing posts with label harga Mercedes Benz S300L. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

GEMPAR Harga Mercedes Benz S300L Lim Guan Eng Berbeza

GEMPAR Harga Mercedes Benz S300L Lim Guan Eng Berbeza
GEMPAR Harga Mercedes Benz S300L Lim Guan Eng Berbeza, Menurut pegawai kewangan negeri Harga sebenar Mercedes Benz S300L ialah RM 657,218, tetapi harga di pasaran ialah RM559,888.00 harga baru, Lihat kenyataan Pegawai Kewangan Negeri

Sumber harga ialah http://www.oto.my/car-for-sale/102347/new-2012-mercedes-benz-s-class-s300l-cgi-kuala-lumpur

Saya pun Tak Faham perbezaan harga di atas

Features
 ABS (Antilock Brake System)
 AUX / USB Input
 Airbags
 Bluetooth
 CD Player
 Car Alarm
 Central Locking
 Cruise Control
 ESP (Electronic Stability Programme)
 GPS Navigation System
 Immobiliser
 Keyless Entry & Start
 Leather Seats
 Manufacturer Warranty
 Multi-function Steering
 Paddle Shift
 Parking Assist / Sensor
 Power Steering
 Power Windows
 Sunroof

Description
Last Few Units Left!! Hurry Before It's Too Late!!
Brand NEW Unregistered Mercedes Benz S300 L with Rear Entertainment Seats.. Latest facelift 2012 model.. Unregistered.. 3.0 V6 231 HP engine.. Highest Specs.. RM 100,000.00 savings.. Why buy a recond unit when you can Enjoy total "Peace of Mind" with 4 years manufacturer's warranty.. Unlimited Mileage!! Ready stock..



Kenapa Harga Kereta Lim Guan Eng Rendah

Kenapa Harga Kereta Lim Guan Eng Rendah,berapa harga kereta mercedes s300L
Kenapa Harga Kereta Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang Rendah. Berikut ialah Kenyataan Akhbar Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Dato Mokhtar Mohd Jait Di Pulau Pinang Pada 31.12.2013.

Pembelian Kereta Mercedes-Benz S300L Dengan Harga RM 298,263.75 Berbanding Dengan Harga Asal RM 657,218 Untuk YAB Ketua Menteri.

Saya telah diarahkan untuk mengumumkan butiran lanjut berkaitan dengan pembelian kereta Mercedes-Benz S300L dengan harga RM 298,263.75 berbanding dengan harga asal RM 657,218.(sila lihat lampiran) oleh kerajaan negeri untuk YAB Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng.

Di bawah kelayakan Ketua Menteri Pulau Pinang memang berhak menggunakan 2 buah kereta Mercedes-Benz S400 dan Mercedes Benz S300. YAB Ketua Menteri Pulau Pinang kini menggunakan sebuah kereta sahaja.

Sebelum ini, Ketua Menteri dan ahli-ahli EXCO enggan membeli 15 buah kereta Mercedes kerana pembayaran cukai yang melebihi kos kereta, adalah terlalu tinggi. Pembekal kereta Mercedes Benz juga tidak berani mengeluarkan surat jaminan untuk mengambil balik semua kereta sekiranya pengecualian cukai tidak diperolehi.

Maka Ketua Menteri dan ahli EXCO telahpun memilih untuk membeli 15 buah kereta Toyota Camry 2.5 yang tidak dikenakan cukai. 15 buah kereta Toyota Camry 2.5 telahpun diserahkan kepada kerajaan negeri pada 31 Oktober 2013.

Selepas pembelian kereta Toyota Camry, pihak pembekal kereta Mercedes telahpun memberikan pengesahan pada 20 November 2013 untuk  menawarkan sebuah kereta S300L dengan harga RM298,263.75. Harga ini adalah dipotong cukai dan juga diberikan diskaun khas RM100,000/-.

Lagipun pembekal kereta Mercedes memberikan jaminan bahawa kerajaan negeri tidak perlu membeli kereta tersebut dan boleh dikembalikan kepada pembekal sekiranya pengecualian cukai tidak diperolehi. Mesyuarat EXCO telah memutuskan secara sebulat suara untuk membeli kereta Mercedes S300L pada   20  November 2013.

Ini adalah berdasarkan perbezaan besar di antara harga asal RM 657,218 dengan harga diskaun RM 298,263.75. Ia dianggap berbaloi kerana kereta Mercedes memang bertahan lama sama seperti kereta Mercedes Benz S320L yang dipakai zaman bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang digunakan sejak dibeli pada 4 September 1995.

Lagipun harga pembelian kereta lama Mercedes Benz S320L itu adalah sebanyak RM 271,331.22 pada tahun 1995, iaitu harga 18 tahun dahulu, yang tidak banyak beza dengan harga baru sekarang. Kereta Toyota Camry 2.5 yang digunakan oleh YAB Ketua Menteri akan diberikan kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang YB Ustaz Maktar Shapee.

MOKHTAR MOHD JAIT