iklan adsen

Search This Blog

Showing posts with label nat pokok getah. Show all posts
Showing posts with label nat pokok getah. Show all posts

Sunday, August 20, 2017

PASAR PAGI NAT POKOK GETAH PAUH PERLIS UNIK

Ahad hari minggu jom kita ke pasar (NAT POKOK GETAH) Jalan pauh, perlis. Dari Arau ambil jalan lama ke pekan pauh, di pertengahan jalan anda berjumpa pasar unik orang perlis,

Dibuka setiap Ahad dari jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Menghimpunkan lebih daripada 300 peniaga dengan pelbagai jenis barangan yang diniagakan.

Tempat ini menjual perbagai barangan unik, makanan, pakaian, benih pokok, barang lama, cincin, batu cincin, barang terpakai, kuih muih tradisi perlis. Semua gerai jualan terletak dalam kebun getah, tepi jalan Arau ke Pauh perlis.

Koleksi Gambar Nat pokok getah pauh perlis



Sunday, December 20, 2015

Pasar unik di kebun getah pauh Perlis

Di Perlis pasar pagi di kenali Nat. Salah satu lokasi menarik ialah NAT POKOK GETAH. Pasar ini terletak di jalan lama arau ke Pauh cina. Terletak di tengah jalan tersebut, kira kira 3 km dari Arau.

Jika dari lebuhraya chanlun kuala perlis. Turun ke bandar diRaja Arau. Sampai traffik light pertama ambil ke kanan dan terus ke lokasi nat pokok getah.

Pasar pokok getah pauh ini di buka tiap hari Ahad bermula pagi hingga tengahari.

Perbagai barangan ada dijual. Pakaian, sayuran, buahan, barangan dapur dan perbagai keperluan harian.

Jom pi nat pokok getah. Itu ucapan yang selalu dengar di kalangan orang Perlis.