iklan adsen

Search This Blog

Showing posts with label proton perdana. Show all posts
Showing posts with label proton perdana. Show all posts

Friday, December 13, 2013

Tunggu Proton Perdana Baru Tahun 2015

Tunggu Proton Perdana Baru Tahun 2015. Proton Perdana Model Baru tidak dijual pada orang ramai. Model  ini masih belum ada nama lagi, merupakan JV antara proton dan Honda. Baru baru ini PM melancar model perdana untuk digunakan sebagai kereta rasmi kerajaan. Ia tidak akan dijual kepada orang ramai.

Mohd Khamil berkata baru Proton Perdana adalah sebahagian daripada program pembangunan yang dilaksanakan oleh Proton dengan rakan kongsi  Honda.

Beliau berkata Proton telah mula fasa kedua program ini yang melibatkan pembangunan model segmen-D (keluarga besar)  di bawah inisiatif platform perkongsian dengan Honda, dengan reka bentuk dalaman yang baru dan perubahan luaran.

” Ia akan diumumkan di pasaran Malaysia dalam tempoh 18 hingga 24 bulan  dan akan dijual kepada orang ramai, ” ini bermakna pertengahan tahun 2015 atau hujung tahun 2015. Harap Jangan Cemuh dan kutuk proton  
Nama pun JV Proton Honda, tempias nya mesti di rasai samada rupa paras atau konsepnya, Tapi kita tunggu 2015 , apakah proton akan membuat penambah baikan atau kekal rekabentuk di bawah ini.


Gambar kereta Proton Perdana baru

Tunggu Proton Perdana Baru Tahun 2015

Tunggu Proton Perdana Baru Tahun 2015

Tunggu Proton Perdana Baru Tahun 2015, harga perdana baru 2015




Jangan Cemuh Dan Kutuk Proton

isu proton, Jangan Cemuh Dan Kutuk Proton
Jangan Cemuh Dan Kutuk Proton. APABILA Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord.

Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini. Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut:

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi  jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda,  mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.

proton baru, kereta baru 2014, proton 2014, isu proton, Jangan Cemuh Dan Kutuk Proton

3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama empat minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak AUD$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?

4- “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman. Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”. Buat apa pun dikira salah.

5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.

Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?”

Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur.

Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”. Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.


Engr. Hj Norzafry B Norhalim
Mantan Presiden Pembina

Norzafry adalah seorang jurutera muslim berjiwa besar, merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat besar di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) bagi tahun 2011/2012

Thursday, December 12, 2013

new-look Proton Perdana as the official car

new-look Proton Perdana as the official car of the government.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Wednesday launched the new-look Proton Perdana as the official car of the government.

This Proton Perdana comes in two variants, the Perdana 2.0 L and 2.4 L, with improved security features and comfort.

Two special edition units of the car were brought out for Najib and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

At the event, Najib received his official car bearing registration number W 11 N.

Several Cabinet ministers and Proton executive chairman Tan Sri Mohd Khamil Jamil were present at the event.

Later, at a press conference, Mohd Khamil said Proton Holdings Berhad, a wholly-owned subsidiary of DRB-Hicom, Wednesday delivered the first batch of 200 units of the new-look Proton Perdana to the government.

He said a total of 3,000 units would be delivered on a staggered basis to the government in two years to replace the existing fleet of Proton Perdana used as the government vehicle.

"For the moment, the new Proton Perdana will be used only as the official car of the government. It will not be sold to the public.

"Proton has received requests from the state governments and statutory bodies to make the switch as well but this is subject to approval," he said.

Mohd Khamil said the new Proton Perdana was part of the development programme undertaken by Proton with its collaborative partner, Honda of Japan.

--BERNAMA

Proton Perdana generasi baru 2014

Proton Perdana generasi baru 2014, Berapa HARGA KERETA PROTON PERDANA BARU PM W11N

Proton Perdana generasi baru 2014

Proton Perdana generasi baru 2014

Proton Perdana generasi baru 2014

Proton Perdana generasi baru 2014

Proton Perdana generasi baru 2014



Wednesday, December 11, 2013

HARGA KERETA PROTON PERDANA BARU PM W11N?

Berapa HARGA KERETA PROTON PERDANA BARU PM W11N?, saya sedang mencari harga baru edisi khas untuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Wah gah betul model perdana ini. Tapi harganya berapa? Kereta ini akan jadi kereta rasmi kerajaan, tak mau mercedes dan bmw nak kereta kita, titik peluh kita.

W11N untuk PM je, kita edisi baru biasa biasa ja. Gambar terbaru Proton Perdana edisi khas PM dan Timbalannya

HARGA KERETA PROTON PERDANA BARU PM W11N?

HARGA KERETA PROTON PERDANA BARU PM W11N?