iklan adsen

Search This Blog

Monday, August 26, 2013

Homestay Pokok Buluh Simpang 4 Perlis

Homestay perlis, homestay pokok buluh terletak di Pekan Simpang Empat Perlis, Bermula dengan sebuah Restoran Pokok Buluh Western Food, Simpang Empat, kini beberapa buah Homestay, atau dalam bahasa melayu dipanggil 'Inap Desa' didirikan khas untuk disewa oleh anda.

Homestay Pokok Buluh Simpang 4 Perlis, HOMESTAY PERLIS




Rumah Kak Chah mempunyai 6 buah bilik yang boleh berkongsi ruang melalui setiap pintu ditengah antara setiap bilik (sharing room). Setiap bilik mempunyai label Kak chah 1, Kak chah 2, Kak chah 3, Kak chah 4, Kak chah 5 & Kak chah 6.

Setiap bilik mempunyai :
= penghawa dingin (aircond)
= televisyen
= 2 katil bujang (single) /1 katil kelamin (queen)

Homestay Pokok Buluh Simpang 4 Perlis, HOMESTAY PERLIS

Rumah Warisan adalah sebuah rumah 2 tingkat dan mempunyai 4 buah bilik besar yang boleh memuatkan sehingga 5 - 6 buah keluarga / penumpang-penumpang sebuah bas.

Rumah ini mempunyai :
= tilam /bantal tambahan disediakan
= penghawa dingin (aircond) di setiap bilik
= beberapa buah katil saiz bujang (single) / kelamin (queen) disetiap bilik
= televisyen disetiap bilik
= seterika
= sabun mandi
Ruang Dapur mempunyai peti ais dan dapur gas untuk memasak, meja makan. Kami turut menyediakan :
= air mineral
= maggi
= biskut
= pelbagai pilihan minuman panas untuk dibancuh sendiri

Homestay Pokok Buluh Simpang 4 Perlis
 Rumah Biru merupakan rumah setingkat yang mempunyai sebuah bilik, ruang tamu & dapur. Rumah Biru terletak di tepi sawah dan bersebelahan dengan Rumah Merah. Rumah ini boleh memuatkan 1 keluarga (5-6 orang).

Rumah ini mempunyai :
= tilam / bantal tambahan disediakan percuma
= penghawa dingin (aircond)
= 2 katil saiz bujang (single) / 1 kelamin (queen)
= televisyen
= seterika

Ruang Dapur mempunyai peti ais dan dapur gas untuk memasak. Kami turut menyediakan :
= air mineral
= maggi
= biskut
= pelbagai pilihan minuman panas untuk dibancuh sendiri
 

  • No. 7, KM 12, Jalan Kangar - Alor Setar
  • 02700 Simpang Empat, Perlis, Malaysia
  •  HP 011 3311 0359


No comments:

Post a Comment