Katanya pemilik kenderaan perlu mengisi borang ikrar kastam sebelum dibawa ke pulau tersebut.
Sementara itu, kerajaan negeri bersama agensi kerajaan yang lain memberi kelulusan sementara kepada syarikat perkhidmatan feri ro-ro (JMV Ferry Sevices Sdn Bhd) untuk mengambil penumpang di jeti tersebut selama enam bulan bermula 3 September lalu.
Kata Sabri, sekiranya perkhidmatan tersebut tidak memberi masalah serta menjejaskan masyarakat setempat, kebenaran tersebut akan disambung sehinggalah syarikat terbabit mengenal pasti tapak baru.
Sementara itu, Pengarah Urusan JMV Ferry, Ku Azhar Ku Abdul Razak berkata, syarikat itu mengenakan bayaran RM180 untuk sebuah kereta bagi perjalanan sehala manakala RM320 bagi perjalanan dua hala.
“Pemandu kenderaan tidak dikenakan sebarang bayaran namun bagi penumpang, mereka akan dikenakan tambang sebanyak RM18 setiap seorang.
“Sasaran penumpang kita adalah bagi pelancong yang bercuti lama ke Langkawi, pekerja dan kakitangan kerajaan yang bertugas di sana serta penduduk Langkawi sendiri yang ingin membawa kenderaan mereka ke tanah besar," katanya.
No comments:
Post a Comment