iklan adsen

Search This Blog

Monday, December 30, 2013

Testimoni Resepi Asam Pedas Melaka Najmi Style

Testimoni Resepi Asam Pedas Melaka Najmi Style
Testimoni Resepi Asam Pedas sedap Melaka, Selepas penat ronda ronda sekitar melaka, badan letih dan perut rasa lapar, Kami singgah cuba makan asam pedas Melaka yang dikatakan top di melaka, kami tak nak cakap kedai mana, cuma nak rasa macam mana rasa asam pedas melaka, kerana di Perlis asam pedasnya kuah lain dan bukan macam di Melaka.

Di melaka banyak dijual asam pedas dan rasa mengikut restoren yang berkenaan, bagaimana caranya mereka masak, selepas membuat sedikit kajian dan tanya perbagai pihak, kami ambil keputusan masak sendiri di umah. Ikan pun dah beli. Kami pilih ikan jenahak untuk buat asam pedas melaka kerana isinya manis lembut.

Kami namakan RESIPI ASAM PEDAS MELAKA  NAJMI KAMIS

Bahan-bahan ( 8 Orang makan)

2 ekor  ikan Jenahak di potong 4 bagi setiap ekor ikan (ikan lain pun boleh)

Bahan kisar:-

3 biji bawang merah
15 biji cili kering
1/2 in halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih

Bahan tumis:-

 1/2 bawang besar-hiris
 1/4 sudu teh biji sawi
 1/4 sudu teh halba

Air asam jawa secukupnya
air secukupnya
1 biji tomato-potong2
8 biji kacang bendi
1 serai-diketuk
1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
minyak masak
garam dan gula jika suka

Cara-cara memasaknya:
-----------------------------

Panaskan minyak. tumis bahan tumis di atas. Masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.

Masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan-bahan di atas.

Masukkan garam dan gula, biar hingga masak.

Rasa dahulu asam, pedas gula dan garamnya, kalau 4 rasa ini ok maka ok lah masakan asam pedas anda, bagi suami atau isteri atau ibubapa anda rasa, minta komen mereka, selepas tu, lakukan tambahan bahan mana perlu dan
boleh di angkat dan hidangkan

Sesuai makan dengan nasi putih dan dalam keadaan panas suam

Selamat mencuba resepi asam pedas melaka yang di ubahsuai



No comments:

Post a Comment