Pelbagai Tarikan Lain di Oriental Park
Selain dua tarikan utama itu, anda boleh membeli belah pelbagai jenis cenderamata, mendapat khidmat urutan, mengambil gambar dengan ular atau mendapatkan khidmat artis untuk melukis potret anda.
Dengan bayaran, anda juga boleh mencuba beberapa aktiviti di sini dari menaiki Segway (sejenis kenderaan unik dengan 2 roda) dan kuda hinggalah kepada menunggang kenderaan lasak ATV dan gajah.
Taman Rusa
Berhampiran dengan kaunter tiket Kereta Kabel Langkawi ada sebuah taman rusa kecil.
Jika anda ingin membelai dan memberi makan rusa-rusa jinak, ini adalah salah satu tempat yang boleh anda kunjungi.
Kredit: Azfar Ahmad, YCulture
MAP LOCATION ORIENTAL VILLAGE
No comments:
Post a Comment