Di aquarium underwater world Langkawi ini, tarikan utamanya adalah penguin Afrika, penguin Rockhopper berambut ranggi serta Marmoset — iaitu antara spesis monyet paling kecil di dunia.
Jika di tempat lain anda hanya dapat melihat satu atau dua penguin, Underwater World Langkawi mempunyai sekumpulan penguin yang cukup aktif berenang dan bergerak bersama. Dan apabila tiba waktu makan, anak anda pasti tertawa melihat keletah mereka makan berebut-rebut sambil badan mereka berayun-ayun ke kiri dan kanan.
Selain penguin, anda juga akan dapat melalui kawasan tropika di mana haiwan-haiwan dibiar bebas berkeliaran dan kawasan terumbu karang yang memaparkan batu-batu karang pelbagai jenis dan warna yang cukup mengagumkan.
Harga Tiket
Warganegara dengan Mykad
Dewasa : RM30 (~$6.99)
Kanak-kanak : RM20 (~$4.66)
Pelancong Asing
Dewasa : RM40 (~$9.32)
Kanak-kanak : RM30 (~$6.99)
No comments:
Post a Comment