KUALA SEPETANG terkenal dengan kilang arang, kilang ikan masin dan kelip-kelip,. Tarikan utama Kuala sepetang sebenarnya ialah Hutan Paya Bakau Larut Matang yang berusia lebih 100 tahun.
Kuala Sepetang juga sinonim dengan mee udang. .
Hutan Bakau Matang kuala sepetang
Hutan Bakau kuala sepetang bukan sahaja menjadi tempat perlindungan pelbagai spesies haiwan, tapi juga menjadi punca pendapatan nelayan dan pengusaha kilang arang.
Selain melihatnya dari dalam bot (anda perlu membeli pakej dari operator pelancongan di sini) anda juga boleh masuk ke kawasan hutan ini dan berjalan melalui boardwalk. Jika anda ingin tidur atau berkhemah, tiada masalah. Telefon dan tempah sahaja dengan Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang di 605-8072 672
Kilang Arang kuala sepetang
Oleh kerana kuala sepetang adalah kawasan hutan paya bakau, tidak mengejutkan yang terdapat banyak kilang arang di sini. Trip ke sini mungkin membosankan untuk anak-anak. Tapi jika anda tidak kisah dengan kilang yang panas, lecah dan dipenuhi kayu, anda boleh menyertai tour group yang terdapat di kawasan ini dan melihat bagaimana kayu dibawa melalui air sehingga ke proses akhir arang dibuat.
Ikan Lumba-Lumba Merah Jambu
Digelar Lucky Dolphins, anda perlu menaiki bot agak jauh ke arah laut untuk melihat ikan lumba-lumba yang kerap dilihat oleh nelayan di sini. Trip melihat ikan ini selalunya datang sekali dengan lawatan ke kilang arang dan pusat penternakan ikan.
Kelip-Kelip
Seperti di kawasan paya bakau lain, tebing Kuala Sepetang juga mempunyai kelip-kelip. Trip melihat kelip-kelip selalunya bermula pada pukul 7 malam dan berakhir pada 11 malam
MAP KUALA SEPETANG
No comments:
Post a Comment