Tahniah Malaysia yang dapat masuk final, selepas mengalahkan Indonesia 1 - 0, dalam perlawanan separuh akhir. Dalam laporan media , Thailand memandang rendah kemampuan pasukan bola B22 Malaysia.
Hero Malaysia pada perlawanan malaysia indonesia ialah Thanabalan, pemain Felcra FC.
Mengulas pertemuan dengan Thailand menjelang perlawanan akhir Selasa ini, 29 Ogos 2017, Thanabalan akui tidak sabar untuk sekali lagi bertemu dengan skuad tersebut.
"Saya dapat tahu Thailand pandang rendah kemampuan Malaysia. Mereka kalahkan kita 3-0 di Bangkok (Kelayakan AFC B-23), jadi mereka cakap besar.
"Jadi di final nanti kita tak boleh bagi peluang kepada mereka," katanya.
Malaysia perlu buktikan bahawa Malaysia adalah pasukan hebat dan kita ada kemampuan membuktikan itu
Kita doa malaysia menang menentang thailand ini selasa ini. Kita harap pemain lain juga berpeluang jaringkan gol
Map1malaysia
No comments:
Post a Comment