iklan adsen

Search This Blog

Thursday, August 24, 2017

SATU KELUARGA PI HAJI RM20 SEBULAN SIMPAN

Satu keluarga pi haji. Alhamdulillah, semua ini rezeki daripada Allah untuk kami anak beranak dapat berangkat ke Tanah Suci," kata pesara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berasal dari Batu Pahat, Johor itu.
Lima anak Abu Bakar yang berangkat ke Tanah Suci ialah Muhammad Amir Fitri, 29, Nur Ain Natasah, 26, Nur Jannatul Ain, 25, Nur Ain Nabilah, 23, dan Muhammad Amir Firdaus, 18, serta menantu, Nur Farhana Mohd Razali, 31.
Menurutnya, itulah anugerah Allah paling besar diperoleh dirinya dan ahli keluarga sempena persaraannya.
"Sabtu saya bersara, pada Isnin, kami dapat surat tawaran dihantar posmen daripada TH untuk menunaikan haji," katanya ketika ditemui di maktab penginapannya.
Mengenai rahsianya berpeluang berangkat bersama semua ahli keluarga menunaikan rukun Islam kelima itu, Abu Bakar berkata, menjadi amalannya membuka akaun TH untuk semua anaknya sebaik mereka lahir atau masih kecil.
RAHSIA MENABUNG


Menurutnya, dia hanya menyimpan RM20 sebulan untuk semua anak-anaknya dengan niat untuk menunaikan ibadat haji.
"Sebenarnya tempoh antara 10 hingga 20 tahun memang cukup untuk menyimpan duit bagi menunaikan haji.
"Saya pun bermula dengan RM20 sebulan untuk anak-anak dan Alhamdulillah," katanya yang kini menetap di ibu negara.
Katanya, dia mula mendaftar untuk menunaikan ibadat haji sejak 2007 dan selepas 10 tahun menunggu, akhirnya dipanggil untuk ke Tanah Suci.
"Sebenarnya dua tahun lalu pada 2015, saya sudah mendapat panggilan ke Tanah Suci tetapi terpaksa menolaknya kerana kebetulan menguruskan perkahwinan anak," katanya.
KREDIT HMETRO


No comments:

Post a Comment