iklan adsen

Search This Blog

Tuesday, September 26, 2017

Nak kaya BETUL DULU Mental

Saya tertarik dengan tip menjadi kaya, yang di tulis penulis majalah niaga ini. Sebenarnya, duit yang anda dapat bukanlah kerana anda pergi  kerja, balik kerja, kemudian tunggu sehingga hujun bulan untuk keluarkan gaji.

Untuk jadi kaya, keluar daripada pemikiran untuk mengharapkan wang gaji dan keluar daripada keinginan untuk bekerja dengan orang sampai ke tua.

Untuk jadi kaya bermula dengan cara anda berfikir dan apa yang anda percaya mengenai duit. Lagi salah juga kalau percaya yang  apabila buat bisnes, jual apa-apa terus dapat duit, terus jadi kaya memanglah mengarut.

Kalau percaya yang buka bisnes dan berjaya ini hanyalah untuk orang tertentu yang bernasib baik memanglah kelautlah usahanya, sekali gagal pasti berhenti berusaha.

Sebaliknya, untuk berjaya, kayakan dulu pemikiran anda yang nak jadi kaya, nak berjaya, nak jadi jutawan hatta dermawan sekalipun, jalannya sukar bukan senang.

Peritnya banyak bukan sedikit, kalau pemikiran dan hati tidak kental, sekali tergugat, terduduk terus.

Memang yang berjaya melepasi ni adalah segelintir yang terpilih, terpilih bukan bermakna anda tidak berjaya kerana disisih, tapi bezanya anda dan mereka adalah jalan yang dipilih.

Kalau hendak jadi kaya, kena berani susah dan yang penting buat apa yang kita betul-betul minat, bukan buat secara terpaksa sebab semata nak dapat duit kerana apabila kita buat apa yang kita suka, kalau tidak menjadi pun pasti kita usahakan lagi sebab kita suka.

Sebab kekayaan sebenar bukan bermula daripada kudrat semata tapi pemikiran anda penentu segalanya.

Ringkasan Tip jadi Kaya:
1. Keluar pemikiran nak makan gaji sampai ke Tua
2.  Untuk jadi kaya bermula dari cara anda berfikir
3. Kayakan cara berfikir dahulu
4. Kena berani susah
5. Buat apa yang kita betul minat, kalau tak berjaya pun kita akan terus buat, kerana kita minat
6. Kaya bukan kerana kudrat tapi kekuatan fikiran

Selebihnya perlu jadi hamba kepada pemberi rezeki, Allah yang memberi rezeki. Jangan jadi hamba yang lupa.

Sumber majalah niaga



No comments:

Post a Comment