iklan adsen

Search This Blog

Wednesday, June 13, 2018

KERUSI PH MENINGKAT SELEPAS BN SARAWAK BUBAR

Kerusi PH meningkat selepas BN Serawak Bubar. Kerusi PH menjadi 124 kerusi di Parlimen. BN kehilangan 19 kerusi di Sarawak

Tiada lagi suara Barisan Nasional (BN) bagi mewakili Parlimen (malah di Sidang DUN) mulai hari ini (12 Jun 2018) untuk Sidang Dewan Undangan Negeri dan Sidang Dewan Rakyat akan datang.

Ini adalah berikutan pengumuman keluarnya parti-parti komponen BN daripada perikatan parti politik tersebut.

Keputusan PRU14 yang lepas memperlihatkan 19 Kerusi Parlimen di Sarawak dimenangi oleh BN, 6 kerusi DAP, 4 kerusi PKR dan 2 dimenangi Bebas.

Beberapa hari selepas PRU14, kedua-dua calon Bebas iaitu Larry Sng (Parlimen Julau) dan Jugah Muyang (Parlimen Lubok Antu) telah menyertai PKR, menjadikan statistik kerusi Parlimen semasa di Sarawak ialah 19 kerusi BN, 6 kerusi DAP dan 6 kerusi PKR.

Hari ini (12 Jun), ekoran dari pengumuman Ketua Menteri Sarawak pagi tadi, bermakna kesembilan belas-sembilan belas kerusi BN kini berdiri atas satu gabungan lain daripada BN. Mereka membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS), sebuah blok parti politik tersendiri yang tidak menyertai PH, tetapi sedia memberi kerjasama kepada kerajaan Pusat.

Kedudukan Kerusi Parti Politik bagi Parlimen Sarawak kini ialah 13 PBB, 6 DAP, 6 PKR, 3 PRS, 2 PDP dan 1 SUPP.

---------------------------------------

Berikut pula kedudukan Kerusi Parti Politik bagi Patlimen seluruh Malaysia pula ialah :

• Pakatan Harapan - 124 Kerusi
PKR (50), DAP (42), PPBM (13), Amanah (11), Warisan (8)
• Barisan Nasional - 57 Kerusi
UMNO (54), MIC (2), MCA (1)
• Gabungan Parti Sarawak - 19 Kerusi
PBB (13), PRS (3), PDP (1), SUPP (1)
• PAS - 18 Kerusi
• PBRS - 1 Kerusi
• UPKO - 1 Kerusi
• PBS - 1 Kerusi
• STAR - 1 Kerusi

p/s : Di Sabah juga ada cerita yang memeningkan, semua parti komponen BN Sabah (PBRS, PBS, LDP, UPKO) kini tidak lagi bersama BN, kecuali UMNO sahaja, menjadikan daripada 10 kerusi dimenangi BN di Sabah, kepada 7 kerusi sahaja.



No comments:

Post a Comment