iklan adsen

Search This Blog

Monday, July 2, 2018

9 Agensi Di bawah Parlimen, lapur terus pada parlimen

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Audit Negara adalah antara sembilan agensi kerajaan yang menjadi badan bebas dan melapor langsung kepada Parlimen.

"Ia sebahagian daripada rombakan besar-besaran Jabatan Perdana Menteri (JPM)," lapor media tempatan.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan juga akan menjadi badan bebas kerajaan yang tidak tertakhluk di bawah JPM, lapor The Star.

Laporan itu memetik surat kepada Jabatan Perdana Menteri oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa yang meluluskan pemansuhan 10 jabatan dan agensi termasuklah 19 jabatan yang lebih kecil atau pejabat di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Ini termasuklah penggabungan lima agensi dan rombakan semula 40 buah agensi kerajaan, kata laporan itu lagi.



No comments:

Post a Comment