klik untuk semak.
https://semakanrebat.mestecc.gov.my/public/index.php
Bil Elektrik RM40 adalah program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar dan miskin selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. Penerima yang layak adalah Ketua Isi Rumah yang tersenarai dan disahkan di bawah kategori miskin tegar dan miskin dalam Sistem eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Program Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan program baharu yang telah diperkenalkan bagi menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008. Dengan pengenalan program baharu ini, pengguna tidak lagi menerima Rebat Bil Elektrik RM20, sebaliknya akan menerima rebat bil elektrik yang lebih tinggi sehingga RM40 sebulan sekiranya tersenarai sebagai miskin tegar dan miskin dalam sistem eKasih ICU JPM. Hubungi 03-8000 8000 untuk maklumat lanjut mengenai program ini.
Siapakah yang layak menerima rebat bil elektrik RM40?
- Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar dan miskin yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih.
- Pendapatan bagi miskin tegar dan miskin adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
- Mulai 2 Januari 2019, sistem eKasih akan menggunakan PGK 2016 dalam penentuan status kemiskinan terkini.
- Sehubungan itu, terdapat perubahan bagi purata pendapatan per isi rumah bagi data eKasih seperti berikut:
Kategori PGK 2014 PGK 2016
Miskin tegar RM600 sebulan RM619 sebulan
Miskin RM950 sebulan RM980 sebulan
JIKA ANDA BERDAFTAR EKASIH, SILA HUBUNGI TNB , SABAH ELEKTRIK , SERAWAK ENERGY, YANG BERDEKATAN
BAWA BIL, IC,
No comments:
Post a Comment