iklan adsen

Search This Blog

Saturday, October 17, 2020

UMNO-Pas kekal muafakat kami teras kekuatan


 SHAH ALAM - UMNO dan Pas terus kekal muafakat walaupun apa jua tohmahan dan fitnah yang cuba dilontarkan untuk menggagalkannya.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, komitmen itu disuarakan dalam pertemuan antara pimpinan tertinggi kedua-dua parti itu.

Katanya, beliau mengiringi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Alhamdulillah pertemuan yang berlangsung selama hampir dua jam penuh dengan semangat ukhuwah dan mahabbah.


"Kedua-dua pimpinan tertinggi ini turut berkongsi citra dan semangat untuk terus memastikan Muafakat UMNO-Pas dipertahan dan diperkasakan," katanya menerusi hantaran terbaharu di Facebook beliau sebentar tadi

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/105716/BERITA/Politik/UMNO-Pas-kekal-muafakat

sumber sinar harian



No comments:

Post a Comment