iklan adsen

Search This Blog

Showing posts with label Langkawi Roro Services. Show all posts
Showing posts with label Langkawi Roro Services. Show all posts

Thursday, July 23, 2015

Feri Langkawi auto servis dan roro

Pengalaman kawan yang sering berulang alik tiap minggu antara langkawi dan kuala perlis melihat situasi berbeza antara feri langkawi auto dan roro.

Langkawi autoservis nampak tersusun berbanding roro



Monday, September 9, 2013

Harga Tambang Roro Services kuala perlis langkawi

Harga Tambang feri Roro Services kuala perlis langkawi, boleh lihat jadual di bawah, sila berhubung dengan syarikat perkhidmatan 24 jam sebelum bertolak, untuk menentukan jadual sebenar mengikut air laut pasang, di jeti Kuala Perlis.

Harga Tambang  Roro Services kuala perlis langkawi

Harga Tambang  Roro Services kuala perlis langkawi



Feri pertama bawa kereta Langkawi ke kuala perlis

Feri pertama bawa kereta Langkawi ke kuala perlis

 Langkawi Roro Services Sdn Bhd (Langkawi Roro Services) Jumaat memulakan perkhidmatan pengangkutan kenderaan dan penumpang secara rasmi antara Kuala Perlis dan Pulau Langkawi.
Feri pertama bawa kereta Langkawi ke kuala perlis, Langkawi Roro Services Sdn Bhd (Langkawi Roro Services) Jumaat memulakan perkhidmatan pengangkutan kenderaan dan penumpang secara rasmi antara Kuala Perlis dan Pulau Langkawi.

Syarikat berpangkalan di Langkawi itu melabur lebih RM11 juta bagi menyediakan perkhidmatan berkenaan dengan setiap pelayaran mengambil masa kira-kira dua jam.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan, Pengangkutan, Pembangunan Wilayah, Koridor, Kawasan Pertumbuhan Baru dan Bandar Baru Perlis, Sabry Ahmad melancarkan perkhidmatan itu di terminal feri Kuala Perlis hari ini.

Pengarah Urusan Langkawi Roro Services, Ku Azhar Ku Abdul Razak berkata sebagai permulaan perkhidmatan mengangkut kenderaan itu hanya diadakan sekali setiap hari dan jadual pelayaran bergantung kepada paras air di muara Sungai Perlis.

Beliau berkata jika muara sungai Perlis didalamkan, perkhidmatan itu boleh dilaksanakan lebih daripada sekali pada setiap hari mengikut keperluan.

Syarikat itu menggunakan dua buah feri untuk mengangkut kenderaan secara percubaan sejak 3 September lepas dengan setiap sebuah berkeupayaan membawa 45 buah kenderaan untuk sekali perjalanan, katanya.