iklan adsen

Search This Blog

Monday, September 9, 2013

Feri pertama bawa kereta Langkawi ke kuala perlis

Feri pertama bawa kereta Langkawi ke kuala perlis

 Langkawi Roro Services Sdn Bhd (Langkawi Roro Services) Jumaat memulakan perkhidmatan pengangkutan kenderaan dan penumpang secara rasmi antara Kuala Perlis dan Pulau Langkawi.
Feri pertama bawa kereta Langkawi ke kuala perlis, Langkawi Roro Services Sdn Bhd (Langkawi Roro Services) Jumaat memulakan perkhidmatan pengangkutan kenderaan dan penumpang secara rasmi antara Kuala Perlis dan Pulau Langkawi.

Syarikat berpangkalan di Langkawi itu melabur lebih RM11 juta bagi menyediakan perkhidmatan berkenaan dengan setiap pelayaran mengambil masa kira-kira dua jam.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan, Pengangkutan, Pembangunan Wilayah, Koridor, Kawasan Pertumbuhan Baru dan Bandar Baru Perlis, Sabry Ahmad melancarkan perkhidmatan itu di terminal feri Kuala Perlis hari ini.

Pengarah Urusan Langkawi Roro Services, Ku Azhar Ku Abdul Razak berkata sebagai permulaan perkhidmatan mengangkut kenderaan itu hanya diadakan sekali setiap hari dan jadual pelayaran bergantung kepada paras air di muara Sungai Perlis.

Beliau berkata jika muara sungai Perlis didalamkan, perkhidmatan itu boleh dilaksanakan lebih daripada sekali pada setiap hari mengikut keperluan.

Syarikat itu menggunakan dua buah feri untuk mengangkut kenderaan secara percubaan sejak 3 September lepas dengan setiap sebuah berkeupayaan membawa 45 buah kenderaan untuk sekali perjalanan, katanya.


No comments:

Post a Comment