iklan adsen

Search This Blog

Showing posts with label kesan bauksit kuantan. Show all posts
Showing posts with label kesan bauksit kuantan. Show all posts

Thursday, January 7, 2016

Isu Bauksit Ulama Perlu Bersuara

Mufti Perlis bersuara lantang dan menegur ulama yang membisu tentang isu pencemaran Bauksit di Kuantan. 

Kenyataan DrMaza dalam facebooknya

Antara Bauksit dan Vape

Saya telah keluarkan kenyataan saya tentang isu bauksit di Pahang. Apabila saya lihat aktiviti tersebut telah mengancam manusia, alam, tumbuhan dan haiwan, saya rasa sedih dan dukacita.

Bila isu vape timbul, JAKIM telah menjemput semua mufti bersidang khas untuk isu itu. Semuanya dijemput datang dari negeri masing-masing. Maaf, saya tidak hadir tetapi menghantar wakil. Di media massa,tokoh-tokoh agama juga berbual 'sakan' tentang isu vape yang boleh membahayakan penghisapnya. Kelihatan ustaz-ustaz bersemangat menentang vape. Tidak mengapa. Ma sha Allah.

Cuma, alangkah baiknya, jika isu bauksit ini diberikan perhatian yang lebih daripada isu vape itu. Bahaya isu bauksit ini lebih dari vape. Apakah munasabah Islam hanya mengharamkan vape, tapi mendiamkan diri dalam isu yang jauh lebih besar dan bahaya?! Apakah pandangan agama hanya untuk rakyat bawahan sahaja, tetapi 'sunyi' segala dalil apabila membabitkan urusan atasan?!

Saya bimbang generasi muslim yang cerdas berfikir dan golongan bukan muslim akan salah faham terhadap Islam disebabkan sikap kita yang sebegini.

Islam itu akan indah jika ia melepasi batasan kepentingan 'orang agama' dan penguasa. Namun ia akan kelihatan tidak indah jika dikendalikan secara tidak seimbang.



Monday, January 4, 2016

PENGURUSAN PERLOMBONGAN BAUKSIT GAGAL

Bila media memaparkan pencemaran alam sekitar yang amat teruk akibat perlombongan BAUKSIT di kuantan dan terengganu, Saya mula bertanya kepada pihak pihak berkuasa negeri dan pusat tentang tahap pengurusan Perlombongan Bauksit ini.

Dimana dan bagaimana unjuran kesan alam sekitar dan kesan Sosial akibat aktiviti melombong bauksit. Tentu sekali pengusaha perlu hantar penilaian alam sekitar pada kerajaan negeri dan pusat
Saya ingin tanya samada KAJIAN  EIA (KAJIAN KESAN ALAM SEKITAR) dibuat secara betul mengikut standard EIA antarabangsa. Dan saya ingin bertanya samada pihak berkuasa dapat menghidu kesan impak buruk akibat aktiviti bauksit yang tak di kawal selia dan kaedah perlombongan yang betul.

Aktiviti perlombongan secara terbuka dan memindah bauksit secara terbuka melalui kawasan awam serta tiada teknologi yang cekap mengundang bahaya dan kesan pencemaran yang teruk pada air sungai dan permukaan bumi sekitarnya

video kesusahan rakyat dan pencemaran akibat aktivi yang tidak profesional


Sepatutnya di ada perancangan awal bagaimana cara terbaik dan selamat untuk proses tanah yang ada bahan bauksit ini. Jika prngeluaran dibuat pada skala besar tentu mengundang kesan yang besar pada alam sekitar terutama pencemaran air dan udara.

JANGAN KERANA NAK UNTUNG  ALAM SEKITAR DI NODAI DAN KESAN PADA PERSEKITARAN DI ABAIKAN

Perlu ada kaedah baru untuk ambil dan proses bauksit dan kaedah tradisional yang di buat sekarang mengundang bahaya yang besar pada manusia dan alam sekitar, lihat cara AUSTRALIA BUAT KERJA, BUKAN MACAM KERAJAAN PAHANG BUAT,


  1. PERLU ADA MEKANISMA YANG CEKAP DI TAPAK BAUKSIT
  2. PERLU ADA SISTEM PENGANGKUTAN KHAS, JALAN KERETAPI KHAS KE PERLABUHAN
  3. PERLU ADA TEMPAT SIMPANAN DAN PEMUNGGAHAN YANG CEKAP KE KAPAL TANPA TUMPAH KE BUMI
Saya tanya pula tiada pakar alam sekitar ke kat malaysia ni. 
Jawapannya ADA
Habis kerana jadi macamni.  Jawapannya Rasuah telah menodai dan siapa yang melulus projek dan PBT  yang menyelia harus bertanggungjawap

Ramai dok tanya APAKAH BAUKSIT ?
Bauksit ialah bijih utama bagi membuat aluminium di dunia. Ia mengandungi sebatian oksida aluminium danhidroksida boehmit γ-AlO(OH) dan gibsitAl(OH)3 bersama dengan silika selain oksida besi dan mineral lempung.
Bauksit merupakan sisa-sisa mendapan lempung yang lazim terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Namanya bersempena dengan sebuah kampung di selatan Perancis yang dikenali sebagai Les Baux, tempat bijih ini mula-mula ditemui pada 1821 oleh seorang ahli geologi bernama Pierre Berthier.

Bijih bauksit terjadi di daerah tropika dan subtropika dengan memungkinkan pelapukan sangat kuat. Bauksit terbentuk daripada batuan sedimen yang mempunyai kadar Al nisbi yang tinggi, kadar Fe yang rendah dan kadar kuarsa (SiO2) yang kurang atau langsung tiada. Batuan tersebut, misalnya sienit dan nefelin berasal daripada batuan beku, batu lempung, lempung dan serpih.
Batuan-batuan ini akan mengalami proses lateritisasi, yang kemudian oleh proses dehidrasi akan mengeras menjadi bauksit.
Bauksit boleh ditemui di dalam lapisan mendatar tetapi kedudukannya di kedalaman tertentu. Potensi dan cadangan endapan bauksit terdapat diPulau Bintan, Kepulauan Riau, Pulau Bangka, dan Pulau Kalimantan serta di Kuantan, Malaysia
Sekian
Fauzi Ahmad
Msc urban and regional planning usm 1991
3 Jan 2016