Mufti Perlis bersuara lantang dan menegur ulama yang membisu tentang isu pencemaran Bauksit di Kuantan.
KenyataanDrMazadalam facebooknya
AntaraBauksitdanVape
Saya telah keluarkan kenyataan saya tentang isu bauksit di Pahang. Apabila saya lihat aktiviti tersebut telah mengancam manusia, alam, tumbuhan dan haiwan, saya rasa sedih dan dukacita.
Bila isu vape timbul, JAKIM telah menjemput semua mufti bersidang khas untuk isu itu. Semuanya dijemput datang dari negeri masing-masing. Maaf, saya tidak hadir tetapi menghantar wakil. Di media massa,tokoh-tokoh agama juga berbual 'sakan' tentang isu vape yang boleh membahayakan penghisapnya. Kelihatan ustaz-ustaz bersemangat menentang vape. Tidak mengapa. Ma sha Allah.
Cuma, alangkah baiknya, jika isu bauksit ini diberikan perhatian yang lebih daripada isu vape itu. Bahaya isu bauksit ini lebih dari vape. Apakah munasabah Islam hanya mengharamkan vape, tapi mendiamkan diri dalam isu yang jauh lebih besar dan bahaya?! Apakah pandangan agama hanya untuk rakyat bawahan sahaja, tetapi 'sunyi' segala dalil apabila membabitkan urusan atasan?!
Saya bimbang generasi muslim yang cerdas berfikir dan golongan bukan muslim akan salah faham terhadap Islam disebabkan sikap kita yang sebegini.
Islam itu akan indah jika ia melepasi batasan kepentingan 'orang agama' dan penguasa. Namun ia akan kelihatan tidak indah jika dikendalikan secara tidak seimbang.
Isu bauksit di kuantan perlu penyelesaian jangka panjang dan bukan ambil mudah demi keuntungan.
Perlu pengurusan cekap. Saya tak pasti samada mereka faham atau tidak perlombongan Bauksit ini. Bauksit tanah yang bernilai kerana bila di proses boleh dapat alumunium. Alumunium tinggi harganya
Sebab tu puak yang gila melombong tak hirau lagi debu dan lumpur.
Mereka kena faham cara perlombongan bauksit yang betul. Isu yang berlaku kerana pengurusan yang lemah. Tiada ilmu mining bauxite. Tolonglah jangan di beban rakyat dengan pencemaran selut, lumpur, air merah dan udara yang berhabuk
Henti segera jika kamu tak faham cara mining yang betul
KESAN BAUKSIT PADA MANUSIA
Dalam sinar harian 6 Jan 2016 mendedahkan kesan bauksit pada manusia yang terdedah pada bauksit ini.
Menurut Dr Azman Mereka yang terdedah dengan debu bauksit dalam tempoh yang panjang terutama pekerja di kawasan perlombongan dan penduduk yang berada di sepanjang laluan pengangkutan bauksit berisiko menghidap penyakit Alzheimer.
Felo Penyelidik Kualiti Udara Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Dr Azman Azid berkata bauksit mengandungi aluminium hidroksida dan debu bahan itu yang terbebas ke udara apabila dihidu dalam tempoh yang lama boleh menyekat pengaliran oksigen dalam darah sekali gus ke sistem saraf.
"Apabila otak kekurangan oksigen ia boleh menyebabkan seseorang itu terdedah dengan risiko untuk menghidap penyakit Azheimer atau penyakit lupa," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari in
Lihat isu bauksit
Persekitaran kotor. Jalan berdebu Air merah dan berkeladak. Ikan mati. Kenderaan dan rumah penuh debu.
Apa nak tunggu lagi. Henti segera aktiviti lombong bauksit ini.
Bila media memaparkan pencemaran alam sekitar yang amat teruk akibat perlombongan BAUKSIT di kuantan dan terengganu, Saya mula bertanya kepada pihak pihak berkuasa negeri dan pusat tentang tahap pengurusan Perlombongan Bauksit ini.
Dimana dan bagaimana unjuran kesan alam sekitar dan kesan Sosial akibat aktiviti melombong bauksit. Tentu sekali pengusaha perlu hantar penilaian alam sekitar pada kerajaan negeri dan pusat
Saya ingin tanya samada KAJIAN EIA (KAJIAN KESAN ALAM SEKITAR) dibuat secara betul mengikut standard EIA antarabangsa. Dan saya ingin bertanya samada pihak berkuasa dapat menghidu kesan impak buruk akibat aktiviti bauksit yang tak di kawal selia dan kaedah perlombongan yang betul.
Aktiviti perlombongan secara terbuka dan memindah bauksit secara terbuka melalui kawasan awam serta tiada teknologi yang cekap mengundang bahaya dan kesan pencemaran yang teruk pada air sungai dan permukaan bumi sekitarnya
video kesusahan rakyat dan pencemaran akibat aktivi yang tidak profesional
Sepatutnya di ada perancangan awal bagaimana cara terbaik dan selamat untuk proses tanah yang ada bahan bauksit ini. Jika prngeluaran dibuat pada skala besar tentu mengundang kesan yang besar pada alam sekitar terutama pencemaran air dan udara.
JANGAN KERANA NAK UNTUNG ALAM SEKITAR DI NODAI DAN KESAN PADA PERSEKITARAN DI ABAIKAN
Perlu ada kaedah baru untuk ambil dan proses bauksit dan kaedah tradisional yang di buat sekarang mengundang bahaya yang besar pada manusia dan alam sekitar, lihat cara AUSTRALIA BUAT KERJA, BUKAN MACAM KERAJAAN PAHANG BUAT,
PERLU ADA MEKANISMA YANG CEKAP DI TAPAK BAUKSIT
PERLU ADA SISTEM PENGANGKUTAN KHAS, JALAN KERETAPI KHAS KE PERLABUHAN
PERLU ADA TEMPAT SIMPANAN DAN PEMUNGGAHAN YANG CEKAP KE KAPAL TANPA TUMPAH KE BUMI
Saya tanya pula tiada pakar alam sekitar ke kat malaysia ni.
Jawapannya ADA
Habis kerana jadi macamni. Jawapannya Rasuah telah menodai dan siapa yang melulus projek dan PBT yang menyelia harus bertanggungjawap
Ramai dok tanya APAKAH BAUKSIT ?
Bauksit ialah bijih utama bagi membuat aluminium di dunia. Ia mengandungi sebatian oksida aluminium danhidroksida boehmit γ-AlO(OH) dan gibsitAl(OH)3 bersama dengan silika selain oksida besi dan mineral lempung.
Bauksit merupakan sisa-sisa mendapan lempung yang lazim terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Namanya bersempena dengan sebuah kampung di selatan Perancis yang dikenali sebagai Les Baux, tempat bijih ini mula-mula ditemui pada 1821 oleh seorang ahli geologi bernama Pierre Berthier.
Bijih bauksit terjadi di daerah tropika dan subtropika dengan memungkinkan pelapukan sangat kuat. Bauksit terbentuk daripada batuan sedimen yang mempunyai kadar Al nisbi yang tinggi, kadar Fe yang rendah dan kadar kuarsa (SiO2) yang kurang atau langsung tiada. Batuan tersebut, misalnya sienit dan nefelin berasal daripada batuan beku, batu lempung, lempung dan serpih.
Batuan-batuan ini akan mengalami proses lateritisasi, yang kemudian oleh proses dehidrasi akan mengeras menjadi bauksit.
Bauksit boleh ditemui di dalam lapisan mendatar tetapi kedudukannya di kedalaman tertentu. Potensi dan cadangan endapan bauksit terdapat diPulau Bintan, Kepulauan Riau, Pulau Bangka, dan Pulau Kalimantan serta di Kuantan, Malaysia
Sekian
Fauzi Ahmad
Msc urban and regional planning usm 1991