 |
| 2013 - terburuk |
Jalan Genting Karak Bahaya lihat sejarah kemalangan. 2013 -
Seramai 37 orang terkorban dalam nahas bas terburuk di negara ini
apabila bas yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di
Km3.5 Jalan Genting Highlands hari ini. Kemalangan terburuk negara, di genting ini ada hotel tanah tinggi, tempat judi dan bar. Statistik di bawah sejak 17 tahun menunjukan jalan genting karak amat merbahaya dan suatu haru di fikir oleh pihak berkuasa.
Map Jalan Ke Genting
View Larger Map
2012 - Dua pelancong warga India maut manakala
20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di kawasan bahu
jalan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ketika dalam
perjalanan menuju ke ibu negara dari Genting Highlands jam 8 pagi
5/3/2012.
 |
| 2012 |
29 Oktober 2010 - Tujuh maut manakala 20 orang cedera selepas sebuah bas
pelancongan terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah ketika
menuruni Genting Highlands.
 |
| 2010 - 7 maut |
2 September 2010 - Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang
dinaiki terbabas dan terbalik di KM35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur
ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands.
3 Jun 2008 - Dua penumpang sebuah bas persiaran maut manakala 41 yang
lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas lalu terjunam
sembilan meter ke dalam gaung diKM 22.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
20 November 2006 - Tiga pegawai Provincial Electricity Authority of
Thailand (PEA) terbunuh apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka
terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands di KM13,
Jalan Genting Highlands-Batang Kali.
14 November 1999 - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dari
Singapura terbunuh apabila sebuah bas yang dalam perjalanan ke
Singapura, terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands.
31 Disember 1996 - Seramai 30 orang cedera apabila sebuah bas menuju ke
Kuala Lumpur terbabas ke dalam gaung di KM4 dekat Tokong Chin Siew di
Genting Highlands semasa sedang menuruni bukit peranginan itu.
15 Julai 1996 - Tujuh belas orang termasuk enam kanak-kanak terkorban
apabila bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam
gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting
Highlands. - Bernama