iklan adsen

Search This Blog

Wednesday, January 6, 2016

Isu Bauksit Kuantan perlu penyelesaian

Isu bauksit di kuantan perlu penyelesaian jangka panjang dan bukan ambil mudah demi keuntungan. 

Perlu pengurusan cekap. Saya tak pasti samada mereka faham atau tidak perlombongan Bauksit ini.  Bauksit tanah yang bernilai  kerana bila di proses boleh dapat alumunium.  Alumunium tinggi harganya

Sebab tu puak yang gila melombong tak hirau lagi debu dan lumpur. 

Mereka kena faham cara perlombongan bauksit yang betul.  Isu yang berlaku kerana pengurusan yang lemah.  Tiada ilmu mining bauxite.  Tolonglah jangan di beban rakyat dengan pencemaran selut, lumpur, air merah dan udara yang berhabuk

Henti segera jika kamu tak faham cara mining yang betul

KESAN BAUKSIT PADA MANUSIA

Dalam sinar harian 6 Jan 2016 mendedahkan kesan bauksit pada manusia yang terdedah pada bauksit ini.

      Menurut Dr Azman Mereka yang terdedah dengan debu bauksit dalam tempoh yang panjang terutama pekerja di kawasan perlombongan dan penduduk yang berada di sepanjang laluan pengangkutan bauksit berisiko menghidap penyakit Alzheimer.

Felo Penyelidik Kualiti Udara Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Dr Azman Azid berkata bauksit mengandungi aluminium hidroksida dan debu bahan itu yang terbebas ke udara apabila dihidu dalam tempoh yang lama boleh menyekat pengaliran oksigen dalam darah sekali gus ke sistem saraf.

"Apabila otak kekurangan oksigen ia boleh menyebabkan seseorang itu terdedah dengan risiko untuk menghidap penyakit Azheimer atau penyakit lupa," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari in


Lihat isu  bauksit


Persekitaran kotor.  Jalan berdebu Air merah dan berkeladak.  Ikan mati.  Kenderaan dan rumah penuh debu.  

Apa nak tunggu lagi.  Henti segera aktiviti lombong bauksit ini. 


No comments:

Post a Comment