iklan adsen

Search This Blog

Tuesday, November 29, 2016

SEBAB KENAPA RINGGIT MALAYSIA JATUH

ringgit nov 2016, ringgit 2017, ringgit 2018
SEBAB KENAPA RINGGIT MALAYSIA JATUH, Sebab sebab kejatuhan Ringgit ketika ini ialah FAKTOR INFLASI, FAKTOR HUTANG AWAM, FAKTOR KESTABILAN POLITIK NEGARA.

Faktor Inflasi

Inflasi ialah barang mahal, Bila mahal pemintaan semakin kurang, bagi pembeli matawang mereka akan melihat faktor barang sesabuah negara itu mahal atau murah. Pelancong luar kalau hendak membeli produk atau membelanja qkan melihat faktor harga. Mungkin mereka akan membanding harga dengan negala Thailand atau Indonesia.

Apabila inflasi meningkat maka kuasa membeli merosot

Faktor Hutang Awam

Hutang awam ialah hutang yang dibuat oleh Kerajaan sebuah negara bagi membiayai projek negaranya.. Bila hutang awam meningkat, pelabur lari atau kurang yakin nak melabur dalam negara tersebut, Bila ini belaku tiada tukaran wang asing atau tiada modal luar masuk.

Sebagai contoh Negara Greece mempunyai hutang awam atau public debt yang tinggi dan menyebab pelabur lari serta  menjual bon dan memberi kesan besar kepada pelabur lain yang mungkin bertindak yang sama.

 Faktor Politik Tidak Stabil

Bla ada perbalahan politik yang besar dalam negara, faktor tidak yakin akan wujud dan ini memberi kesan kepada ekonomi. Pelabur tidak berminat pada negara yang tidak stabil politiknya.

Pelancong tidak berminat pada negara yang tidak stabil politiknya


Lain-lain faktor

Kadar pertukaran asing bagi sesuatu mata wang berbanding dengan mata wang lain dipengaruhi oleh banyak faktor asas (fundamental) dan teknikal.Ini termasuk permintaan dan penawaran terhadap kedua-dua mata wang terbabit secara relatif, prestasi ekonomi, jangkaan inflasi, perbezaan kadar faedah, aliran modal, sokongan teknikal dan paras ketahanan dan faktor lain.

Walaupun, paras sesuatu mata wang sebahagian besarnya sepatutnya ditentukan oleh ekonomi yang berubah-rubah, tetapi keadaan sering berlaku sebaliknya apabila perubahan sesuatu mata wang turut membuka peluang-peluang ekonomi.

Dalam situasi ini, mata wang itu akan bertindak sebagai kuasa.Memandangkan impak terhadap perubahan mata wang ke atas sesebuah ekonomni sukar dibaca, kebanyakan orang tidak memberi perhatian kepada perubahan kadar pertukaran asing kerana perniagaan dan transaksi dilakukan dalam mata wang domestik.

Apa yang perlu dielakkan ialah membuat pinjaman asing, kerana apabila berlaku kejatuhan nilai mata wang, pinjaman asing akan menjadi mahal kerana terpaksa membayar lebih akibat kejatuhan nilai mata wang domestik berbanding mata wang di negara kita membuat pinjaman.

Pada masa ini sebanyak 174 mata wang dunia mengalami kesan kejatuhan mata wang dan hanya 18 mata wang yang mengalami peningkatan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Kejatuhan nilai mata wang di beberapa negara, terutama di Asia telah bermula sejak 2014, berikutan pengukuhan nilai mata wang dolar AS. Malaysia dilaporkan mengalami kejatuhan nilai mata wang paling buruk dalam tempoh satu dekad, berbanding negara-negara lain.


Mata wang dolar AS bukan sahaja digunakan sebagai pengukur bagi mata wang negara lain, tetapi juga bagi menilai harga komoditi seperti harga emas dan harga minyak. Kejatuhan harga minyak mentah dunia yang berada pada paras terendah dalam tempoh 12 tahun di bawah AS$30 setong sekarang, turut menyumbang kepada kejatuhan ringgit Malaysia.

TINDAKAN PERNIAGA DI THAILAND

RINGGIT BATH NOV 2016

Mengapa peniaga di atas bertindak demikian, ini kerana nilai ringgit tak stabil dan mereka tak  mahu ambil risiko, munggin sebelum ini peniaga biasa buat urusniaga dalam RM tapi kini tak mau lagi menerima RINGGIT. Itu contoh kejatuhan ringgit malaysia



No comments:

Post a Comment