iklan adsen

Search This Blog

Saturday, December 3, 2016

Klinik Waqfeya Kuala Perlis Caj RM20 Sahaja

Sebuah klinik di Kuala Perlis  tampil memperkenalkan caj perundingan dan ubat-ubatan hanya RM20 seorang pesakit bagi semua jenis rawatan.

Sebagai rakyat Perlis kami ucao Tahniah kepada pihak pengurusan KLINIK WAQFEYA yang mengenakan caj yang rendah kepada pesakitnya

Lokasi
KLINIK WAQFEYA
NO 37 JALAN SARAWAK
TAMAN BUKIT KUBU
KUALA PERLIS
PERLIS

BUKA TIAP HARI
Kecuali cuti umum

Pakej harga yang diperkenalkan Klinik Waqfeya iaitu sebuah klinik wakaf, bermula 6 November lalu itu dianggap minimum berbanding kos untuk rawatan beserta ubat-ubatan di klinik-klinik lain yang mencecah antara RM30 hingga RM50.

Sebelum ini, klinik yang beroperasi sejak dua tahun lalu itu menawarkan per­­­­k­hi­dmatan dan ubat-ubatan secara percuma kepada golongan asnaf, tetapi mengenakan bayaran seperti ­biasa kepada orang lain.

Menurut Pengurus Klinik Waqfeya, Mohd. Rizal Azizan, pengurusan klinik itu bersetuju untuk menetapkan bayaran ­ha­nya RM20 bagi semua jenis rawatan dan ubat-ubatan.

“Kita dapati kos RM20 ini cukup untuk menampung kos operasi iaitu membayar gaji dua kakitangan klinik dan doktor selain kos sewa premis, bil elektrik serta air



No comments:

Post a Comment