Di melaka banyak dijual asam pedas dan rasa mengikut restoren yang berkenaan, bagaimana caranya mereka masak, selepas membuat sedikit kajian dan tanya perbagai pihak, kami ambil keputusan masak sendiri di umah. Ikan pun dah beli. Kami pilih ikan jenahak untuk buat asam pedas melaka kerana isinya manis lembut.
Kami namakan RESIPI ASAM PEDAS MELAKA NAJMI KAMIS
Bahan-bahan ( 8 Orang makan)
2 ekor ikan Jenahak di potong 4 bagi setiap ekor ikan (ikan lain pun boleh)
Bahan kisar:-
3 biji bawang merah
15 biji cili kering
1/2 in halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih
Bahan tumis:-
1/2 bawang besar-hiris
1/4 sudu teh biji sawi
1/4 sudu teh halba
Air asam jawa secukupnya
air secukupnya
1 biji tomato-potong2
8 biji kacang bendi
1 serai-diketuk
1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
minyak masak
garam dan gula jika suka
Cara-cara memasaknya:
-----------------------------
Panaskan minyak. tumis bahan tumis di atas. Masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan-bahan di atas.
Masukkan garam dan gula, biar hingga masak.
Rasa dahulu asam, pedas gula dan garamnya, kalau 4 rasa ini ok maka ok lah masakan asam pedas anda, bagi suami atau isteri atau ibubapa anda rasa, minta komen mereka, selepas tu, lakukan tambahan bahan mana perlu dan
boleh di angkat dan hidangkan
Sesuai makan dengan nasi putih dan dalam keadaan panas suam
Selamat mencuba resepi asam pedas melaka yang di ubahsuai